Wah..hari ni rajin betul SkY update, tak sampai 2 jam da 3 entri!, semangat apakah ini? semangat nak masuk tahun 2011 ke?:-D. Pape pun, sebelum SkY start tulis melaut pasal title diatas, SkY nak ucap terima kasih kepada siapa yang memberi komen ketika pOndOk kecil ni "di repair" hehe..ade problem sikit..nak tahu..godeklah kat SINI ye...ade yang kasi komen putihkan bahagian post, "cerahkan" widget, ada yang suruh kurangkan iklan dan banyak lagi! thanks ya! =_=..yang puji pun ramai..uu..So, da tukar da mana yang patut, SkY rase ni yang terbaik buat masa sekarang, dan komen2 korang memang membantu! hehe..kekurangan yang lain nanti slow2 SkY tukar ye..:-p
Ok..da melalut banyak ni..aha..ini entri pasal bolasepak ok! ish tuan tanah ni..hampeh btul~ hehe :-p. Sempena kejayaan skuad negara muncul sebagai THE NEW KING OF ASEAN (Tahniah!) semalam, SkY tulis entri ni khas untuk mereka dan peminat semua. Mari sama - sama kita terjah, apa yang dilalui oleh skuad harimau kita yang masih muda hingga menjadi matang membaham sang garuda, gajah putih dan vietkong! Mari3, kita berpesta..hehe :-p
| PINGAT EMAS SUKAN SEA! (KEBAS DARI INCIK GOOGLE) |
6 Januari = Malaysia vs UAE ( Kelayakan Piala Asia)
Masih segar dengan kejayaan manis muncul juara sukan sea 2009, Skuad negara muncul dengan watak berbeza di tahun baru dengan kombinasi muka baru dan lama untuk mengukuhkan skuad negara. Hasilnya menentang lawan di ranking 105 dunia, Malaysia memberikan saingan hebat sebelum tewas tipis 1-0.
Tahap persembahan = Baik!



