Birdies Meh Dengaq Sini, Cek Nak Habaq Mai :-D..Eh.SHOUTBOX Kat Bawah k ♥

pOndOk KeciL adalah tempat SKY menulis apa jua yg terlintas di kepala atau berkongsi info dengan birdies. Ini adalah penulisan SKY sendiri dan "diubah" mengikut pemahaman SKY sendiri. Jika ada info yang SKY ambil tanpa mengubah apa - apa dan mendapat izin dari pemilik, kredit akan diberikan kepadanya. Ruangan komen di pOndOk KeciL adalah "dofollow" jadi rajinkan diri untuk memberi komen cili @ strawberi kepada penulis! =.=". Terima kasih jengah ke pOndOk KeciL. -Send me One Million FREE Guaranteed Visitors -

Sunday, January 2, 2011

Home » » Rahsia Sebenar Sejarah Melayu Dirungkaikan ( Pengenalan)

Rahsia Sebenar Sejarah Melayu Dirungkaikan ( Pengenalan)

Salam.
        Hai semua, Hari ni hari kedua kita berada di tahun 2011 kan? Semalam panjang berjela ha SkY tulis azam SkY tahun ini, terima kasih kepada yang komen, hehe..harapnya menjadi kenyataan lah ye, insyaALLAH. So, topik kali ni memang agak berat, tapi tak de lah seberat batu 80 kilo dihempap ke kepala kita~ :-D. SkY akan menulis dengan cara yang santai sesuai dengan umur SkY sendiri jadi memudahkan korang untuk memahaminya =_=. Sesiapa yang tidak berminat, tak apa, banyak lagi entri lain yang korang boleh baca. Pondok kecil ini membincangkan pelbagai info, tidak kira dari segi sejarah, sains atau islam sendiri, malah mengenai diri SkY sendiri.:-D. Asalkan ianya berguna dan niat yang asal adalah sekadar ingin berkongsi dengan korang semua. Terima kasih pada sesiapa yang sudi membaca ye =_=

         Ok lah..Sebelum Sky melalut panjang, SkY tegaskan di sini, ini bukan hasil kajian SkY sendiri, tapi hasil dari pemahaman dan pandangan SkY terhadap segala buku, artikel, blog, manuskrip yang telah dibaca! Malah dengan tenaga SkY seorang, memang tak mampu untuk mencari atau jumpa beratus ribu bahan kajian tentang bangsa sendiri. Selain dari pondok kecil ni, ada beberapa blog lain yang membincangkan secara serius (lain sikit dari cara SkY, menulis secara santai! hehe) tentang hal ini. Satu usaha yang bagus. SkY beri kredit untuk mereka atas usaha ini dan ada beberapa hasil kajian diorang dibincangkan disini (sudah minta izin ye hehe). Bergerak secara group memang menakjubkan! Jadi kalau korang nak pembacaan yang lebih berat dan melihat bukti atau kajian yang menarik boleh klik SINI dan SINI.

SULALATUS SALATIN - TUN SERI LANANG
         Panjang betul penerangan! ahaha..inilah akibatnya kalau kutu rajin dah hinggap badan. Ok, Jom terus ke topik~ Kenapa ada pengenalan ye? Sebab akan ada bahagian seterusnya tentang topik ini. Biasalah topik berat, SkY terpaksa bahagikan kepada beberapa topik besar. So, di entri kali ni, SkY akan mengulas secara umum kenapa ini dinamakan rahsia, dan adakah ini benar? auta? ha..Ini yang SkY cuba jelaskan. Mari kita terjah..=_=



      Kenapa ia dinamakan rahsia? Rahsia yang telah beratus tahun terperam hingga ke hari ni, sampai kita terpaksa bergantung pada sejarawan barat untuk menulis sejarah kita? Siapa R.O Winsted dan Raffles ni?apa dahulunya Bangsa Melayu atau Nusantara ini begitu kunokah hingga tiada langsung orang bijak pandai yang lahir dari 320 juta orang bangsa ini? Ini persoalannya..tak susah untuk kita faham pun. Mari berfikir selama 3 minit je, jangan jadi pemikir yang pesimis, rasis, inferior dan malas!.kerana apa? sebab kerana itu lah ramai yang sanggup menerima sejarah yang tungang langgang lalu dengan mudah mengaku itu sejarah kita! wah~

HANG TUAH VS HANG JEBAT..BENARKAH?
        Pernah dengar ada orang kata hang tuah itu cina? siapa tu? orang melayu kita jugak. Hanya kerana gelaran "Hang" ada pihak tertentu mengatakan beliau adalah cina! Sudah tentu jika beliau masih hidup, akan merasa pelik dengan Tan Seri - Tan Seri Melayu dengan mengatakn mereka dari keluarga cina bernama TAN! Pernah dengar ada orang kata lagi, bangsa melayu ni pendatang? siapa? orang yang tinggal di Malaysia jugak! kenapa ye? Kerana perasaan rendah diri kita yang teramat tinggi dengan sejarah bangsanya, menganggap bangsa sendiri penuh kekurangan hingga mengikut rentak orang lain yang dengki dan tidak berpuas hati terhadap bangsanya! Kita semua pernah belajar di sekolah menengah dulu, hanya berapa peratus kisah kejayaan orang melayu yang dibincangkan? Tak lebih 30 peratus pun! ya..itu pun hanya melibatkan kesultanan melayu melaka yang dapat membangkitkan semangat kita. Beberapa kerajaan kuno lain turut diceritakan, tetapi amat sedikit seolah - olah tidak penting. Padahal tahukah kita yang kerajaan Champa, Funan dan lain - lain mempunyai sejarah bangsa yang rapat dengan kita?

ANDA PASTI KEHIDUPAN MANUSIA TERDAHULU SEPERTI INI?
       Kita semua juga tentu dah belajar tentang bab peolitik, neolitik, mesolitik dan bermacam "tik" lagi (politik tidak termasuk harap maklum.. =_=), kalau tak dah tentu korang semua masih mengulang untuk SPM kan? hehe..jadi apa fikiran anda? adakah secara tiba -tiba orang gua di tanah melayu yang mengamalkan cara hidup sara diri, memburu binatang bertukar dan zassss!! Umpama ultraman, menjadi bendahara, temenggung, malah Sultan empayar melayu melaka! mampu membina pelabuhan antarabangsa yang mewah, mampu membina kapal - kapal yang gagah, malah mampu mengadakan hubungan diplomatik hingga ke China, Parsi dan Rom.

KAPAL PERANG KUNO VASA
       Ketika bangsa-bangsa lain berusaha menuliskan sejarah bangsa sendiri, memelihara tempat-tempat warisan sejarah mereka, mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta dolar hanya untuk memastikan sejarah bangsa mereka terpelihara misalnya kerajaan Sweden sanggup menaikkan kapal perang kuno Vasa yang tenggelam di Laut Baltik pada tahun 1628 untuk dipamerkan di muzium supaya anak cucu meraka dapat melihat betapa nenek moyang mereka mampu membina kapal perang hebat itu. Apa pula yang kita lakukan ye? sekadar menatap karangan Tun Seri Lanang dan Munshi Abdullah sehingga pakar sejarah di negara pun adalah kaum cina, yang sayangkan sejarah negaranya! Tabik untuk beliau. Dimana pakar sejarah "melayu" kita? Orang lain begitu cintakan sejarah negara sendiri, kita pula terkial-kial menghafal nama tokoh - tokoh kemerdekaan lantas menghempas buku sejarah dan mengeluh sambil betapa bosannya ilmu sejarah itu.

SALAH SATU CONTOH PETA LAMA
           Ada bermacam rahsia bangsa ini yang hanya menunggu masa untuk dirungkaikan. Apa hubungan orang asli, senoi, jakun dan lain - lain dengan bangsa melayu di pesisir pantai? Jangan sesekali menghina mereka kerana sejak beribu - ribu tahun dahulu, hubungan kita dan mereka umpama adik beradik! kenapa sistem kepulauan terbesar didunia ini yang mencakupi keluasan 2.8 juta meter persegi dinamakan "MALAY ARCHIPELAGO" ye? kenapa tidak dinamakan saja kepulauan Austonesian atau Polynesian yang mana lebih umum dan global? (bak kata orang 1 ASEAN! hehe) kenapa ye? Apa pakar sejarah tersilap tulis kah? ingat, tidak ditemui satu manuskrip pun yang menamakan semenanjung emas ini sebagai Thai Peninsular! malah jelas tertera di peta-peta lama di perpustakaan Iskandariah, perpustakaan Niveveh yang musnah terbakar tertulis perkataan Malay Archipelago. Autakah? =_=.

           Apa orang - orang melayu pada waktu itu hanya tinggal gua kah? hingga bangsa penjajah seperti Inggeris pun memberi penghormatan dengan menamakan kepulauan ini dengan nama mereka? Ini bukti kukuh dan jelas menunjukkan yang bangsa melayu ini adalah satu bangsa hebat yang pakar dalam ilmu pelayaran hingga mampu menguasai sebuah kawasan yang besar! Jangan terkeliru dengan pelbagai nama dahulu, yang mana bukan satu yang pelik jika kita menyebut seorang yang bernama Kasim dengan nama MAT JENIN  (Maaf ye sesiapa yang bernama Kasim =_=). Pelik ke nama panggilan itu?? Jika pakar sejarah pada waktu itu cuba menipu sekalipun, maka akan keluarlah beratus - ratus peta lama yang akan menyangkal peta mereka dan sudah tentu mereka tidak akan sesekali menipu dalam hal ini kerana apa? kerana mereka menghargai sejarah dan sayang akan status mereka! Tak hairanlah jika King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para firaun dulu (yang mana kita tahu mereka cukup obses dengan mistik) dari mana mereka mendapatkan rempah ratus dan kapur berus jika tidak dari sini??? Adakah bangsa yang terkenal dengal kapal dan laut ini masih menganyam rumbia, melukis gambar kera di gua beribu tahun dulu? Auta atau fakta? =_=.

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA !
        Jangan hairan kenapa begitu banyak manuksrip lama melayu begitu banyak terdapat di eropah! Sebut saja di Universiti Leiden (Netherlands), atau di negara skandinavia seperti Sweeden atau Denmark malah menjangkau Rusia! Jangan terkejut ye di Rusia terdapat jabatan pengkajian Melayu yang mengkaji hikayat - hikayat melayu lama. Betapa pentingnya bagi mereka untuk mengetahui salah satu bangsa kuasa besar pada waktu itu!. Malah tulisan "Aksara" yang diguna pakai dalam hikayat - hikayat lama itu tidak sampai 10 orang pun didunia yang memahaminya! sedihkan? yang faham pun hanya profesor dari Rusia, Inggeris dan Belanda.Tidakkah kita pelik kenapa Inggeris yang selama 200 tahun menjajah Tanah Melayu tidak cuba untuk memusnahkan seluruh istana - istana lama, manuskrip melayu, kota - kota sejarah? Ini kerana sikap bangsa melayu sendiri yang mempunyai rahsia yang terpendam. Jangan sesekali diusik rahsia itu, maka "meletuplah" orang-orang Melayu. Rahsia apa? nanti akan dikupas sedikit demi sedikit di bahagian lain. Bangsa Inggeris telah lama tahu hal ini, malah mereka melayan lebih baik dari orang jepun melayan kita! Kenapa ye mereka tidak mengganas seperti yang berlaku di GOA, India? Lain padang lain belalang ye tak?
  =_=.

      Bangsa eropah juga terkenal amat menghargai sejarah dan cuba untuk mengambil yang terbaik sebagai contoh. Ini adalah rahsia kenapa bangsa Eropah juga Bangsa Yahudi berjaya disegenap lapangan bidang! Bangsa yang menghargai sejarah adalah bangsa yang bersemangat dan kental jati dirinya dan seperti yang tertera di header pondok ini, bangsa yang tidak punya sejarah masa lalu, adalah bangsa yang tidak punya cerita masa depan!. Banyak ya tanda soal diatas? hehe..=_=. Tak mengapa, kita akan perlahan - lahan cuba untuk membincangkan hal ini dari satu isu ke isu. Ingat ye, SkY juga masih belajar seperti korang, dan mungkin penulisan SkY ada silapnya, jadi mari sama - sama belajar dan cuba memahami sejarah bangsa kita sendiri! jangan diperkotak katikkan dengan sejarah yang direka - reka imperialis barat, sehingga kita mempercayainya sehingga mati! =_=. Inilah rancangan mereka, "pendamkan bangsa ini hingga mereka lupa dan tidak mampu bangun"


        Jadi ini adalah pengenalan untuk topik ini, dan bahagian - bahagian lain akan menyusul kemudian ye, InsyaALLAH.jika panjang umur. SkY kena siapkan entri merentasi dimensi bahagian 2 dulu..=_=. Penulisan ini juga bukanlah untuk meningkatkan racism! bukan! jangan fikir begitu, Ini hanya untuk menaikkan semangat mengenal bangsa sendiri yang telah lama hilang dalam diri kita. Sampai bila kita nak berlutut di sejarah barat? kenali sejarah sendiri maka anda akan ketahui banyak rahsia. Bukan sedikit warisan yang bangsa Melayu dahulukala tinggalkan, dan sudah tentu mereka sedih jika anak cucunya masa kini melupakan mereka. Jangan pula terlalu obses nasionalisme dan fanatik! seperti bangsa yahudi yang menganggap bangsa merekalah yang terbaik sehingga dilaknat ALLAH. Jangan!. bersederhanalah dalam memahaminya maka emosi anda akan jadi tenang, =_= (dalam hukum Islam tiada istilah sederhana ye!). Jadi apa yang ada di fikiran anda? rungkaikan sekarang di bahagian komen! Meh sama-sama berkongsi dengan SkY...Salam dari tuan pondok..


Great minds discus idea
Middle minds discuss events
AND SMALL MINDS DISCUSS PEOPLE.


Kenali Mr. TN SkY :
Mr.TN_SkY juga adalah penulis untuk blog 100 Penulis. Birdies boleh mengikuti SkY di Twitter atau di Facebook. Jika birdies mempunyai soalan, boleh like fanpage pondok kecil, Pondok Kecil Crew.

30 Kawan suka cOnteng!:

Ujang9897 said... [Reply to comment]

sapa ade buku nie..nk pinjam...

areripe said... [Reply to comment]

wah, menariknya! terus bekarya bro!

ciku manggis said... [Reply to comment]

ciku really love this..

ciku sgt minat dgn sejarah melayu =) dulu aktif kelab kebudayaan~

Ahmad Tajuddin Abdullah said... [Reply to comment]

terbaik bro...bila mengkaji sejarah ni,perlu kita menterbalikkan semula sejarah itu kepada hikmahnya ALLAH menurunkan Islam kpd masyarakat malaysia....kerana dulu,kita maju kerana adanya islam...tp kini,kita sendiri yang merosakkan islam ini..

tahniah utk effort demi penulisan ini...moga bermanfaaat pada mereka yang dahagakan ilmu di luar sana...

~♥ Mawar ♥~ said... [Reply to comment]

nice post ^^v

lavender harum wangi said... [Reply to comment]

okie, xsaba nak baca sambungan.. lebih detail pasal hang tuah ada x? :D

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@ ujang buku susah nak dpt bro..yang tun seri lanang dan musnyi abdulllah mungkin ada copy, yang lain2 bnykanya tersebar kt universiti2 nunu..

@ are ripe= :-) thanks...sekadar berkongsi dengan semua..malah ada yang anda dah tahu kan? =_=

@ciku = yeke? hehe..so keep the spirit ok? :-)

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@ ATA= haa..anda sudah memberi jawapan kepada salah satu "RAHSIA TERBESAR" melayu hehe..ya..itulah yang kita selalu leka..kerana makin hari makin nipis iman kita (peringatan untuk diri sndri dan kwn2)sehinggakan tinggal islam pada nama shj..nauzubillah..kuatkan jati diri ya..semua...em..dah 2011 dah =_=

@ Mawar = thanks cik mawar..sudi membaca

@ Lavender = aa..ada..tpi maybe di bahagian ketiga =_= tunggu ye? slow2 SkY akn tulis, tkt xckup msa nnti huhu..jgn risau bhn sume da ade =_=

lavender harum wangi said... [Reply to comment]

owh okie~ nanti dh keluar next edition, roger2 taw~ :D

Siti Fatimah Fuzz said... [Reply to comment]

wah..mcm blajar sejarah plak..hehehe....btw, thanks for follow....^_^

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@ Lavender = hee..baik bos :-p

@ Fatimah = ha..sejarah? aha..yekew? sori eh? terlalu serius ke penulisan..=_= bru nk wat gaya santai..hee..aa..ur welcome :-)

Mila said... [Reply to comment]

tak minat sejarah.. hampir fail sejarah masa SPM dulu... ;)

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@Mila = hehe..xpe..ini bukan sejarah buku teks taw..tak de skema jawapan..sumenyer bergantung kepada pemahaman cik mila =_=

Moon said... [Reply to comment]

bagusnye awak <3

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@ moon =_=...biasa saja cik moon..hanya ingin berkongsi :-).. thanks sudi membaca ye..

Norzulaiqha Binti Zulkifli said... [Reply to comment]

Ohhh..menarik entri ni...ade ilmu baru arini..hehe..tq sky...=)

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@ zulaikha..hurm..great to hear..hope so..:-) thanks coz sudi drop by ye? ;-) tggu bahgian ke dua taw..huhuh

sarah abadan said... [Reply to comment]

wahh bag0s2!! dulu saye lemah sgt subjek sejarah sbb tak boleh terima kewujudan zmn paleolitik, mesolitik, neolitik, and logam...mcm bercanggah dgn sejarah manusia yang berasal dari Adam a.s. yang bijak orangnya dan bertamadun...

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@ sarah = yekew? hehe..memang ade kepincangan dlm "modul sejarah" yang kita belajar sekarang..alhamdulillah...semakin dewasa ni, ALLAH permudahkan jalan mencari sejarah sebenar..insyaALLAH..psl persoalan yng sarah tnya tuu, akan saya kupas dlmentri selepas ni..hehe =-=

xFRDSx said... [Reply to comment]

mindblowing ! ayuh melayu. jangan layu ditelan zaman.

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

=_= ya..hope too..insyaALLAH..sama2 kita sebarkan secebis info ni..

Kodet said... [Reply to comment]

menarik ... tp skang ni mlayu sendiri kta mlayu cikai......

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

Itu Melayu lalang cik kodet..melayu yang tiada usaha untuk memajukan diri =_=...maybe ade sebabnya? =_=..tapi insyaALLAH..kena cara..mereka jdik lebih semangat dari kita..huhuh

wanacesh said... [Reply to comment]

cik SKY,,btol ke hang tuah tu wujud,,slama nh sy bcer buku hg tuah tu sy percya ia lagenda yg direka jer,,cmne dgn pgdhan dia dgn jebat plk,cinta dia dgn tun teja pon btl gk ker,,sori ler curious sgt,,,bljr sjrh x khatam dlu,,huhu,,bler nk smbung cternyer,,hm,,

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

hurm...sejarah bolh jadi ada yang dtmbh2, dan ada yang smapai ke kita pun tidak semuanya benar..sebab itu sejarah kena dikaji ;-) brdsrkan pndangn SkY..hang tuah memang wujud..cuma mungkin sedikit berbeza dgn apa yang dibyangkan kita skrg..bukti? trlalu byk kesan pahlawan dulu..MELAKA memang diakui satu kerajaan yang sangat kuat dulunya.dan ia bukan lagenda..telah termaktub dlm sejarah..jadi tidak mustahil pahlawan yang handal lahir daripada pahlawan melayu melaka. Jika tidak, tak akan kerajaan melaka hanya bergantung harap kepada askar upahan, untuk melindungi tanah jajahannya...=_=

berkenaan isu cinta tun teja..samaada ia berlaku atau tidak..apa yg penting adalah mksud..jika berlaku ambil iktibar..jika tidak pun ambil iktibar..sbb ape? cara penyampaian bahasa melayu klasik dulunya..amat dalam..metafora dan hiperbolanya sgt tinggi...Isu ini kena dikaji lagi..nanti SkY cuba cari sumbernya ya?

berkenaan hal hang jebat dan hang tuah...SkY cenderung mengatakan prgaduhan mereka tidak seperti yang popular skrg..mereka shbt baik, dan hang tuah bukanlah sebarang pahlawan hebat yang tidak pandai menggunakan akal..=_=..nanti SkY ceritakan lebih lanjut ya?

wanacesh said... [Reply to comment]

wah,,,yeker,,btol gk kan xkan la nk hrp askr yg nk mintak upah je,,msti ad org dlm yg patriotik mcm hangtuah kn,,aaaa,,

dulu pnh bcer mastika lma dh dia kata tunteja buat sumbang dengan hang tuah,,tu yg mls nk pcayer dh cter hangtuah nh,,huhu

aaa,,bler nk smbung cter lgii,time ksih jwb soalan n teruja sgt nk dengar crita mcm gni lg

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@wanacesh
hee =_=..dalam setiap kerajaan.hatta Malaysia..mesti ada rakyat yg patriotik..sape kate Malaysia xde golongan yg sggup mati kerana negara? :-)
Oo..mastika mastika sbenearnya cuba mendedahkan pelbagai pendapat..dan kita pembaca menilai mana satu pendapat yg paling bagus..that my opinion....

hee..kena tgk mse jugak..=_=..nnti sky de mse sky update k..hee

oktant said... [Reply to comment]

Teruskan tau. Memang suka baca pasal hal2 sebegini. ;D

Wyna Nubies said... [Reply to comment]

salam..
Melayu dulu,kini dan masa hadapan adalah lain...

Dulu,melayu bangsa GEMILANG!
kini,melayu bangsa yang LAYU!
masa hadapan,melayu AKAN BANGKIT!!

Segalanya telah di atur...
tunggu saja keminculannya :)

nizam said... [Reply to comment]

salam..

maafkan saya mencelah di sini..sudah terlalu bnyk kajian tentang bangsa MELAYU ni..dan sya memang berminat sgt membaca setiap blog dan artikel tentang BANGGSA MELAYU ni,,cuma....

Ada sesetengah BANGSA MELAYU sendiri memeperlekehkan sejarah bangsa sendiri,,,sya sendiri agak terkilan dengan kata kata =" BILA KITA MATI NANTI,DI ALAM BARZAKH (KUBUR) TAK AKAN DI TANYA TENTANG BANGSA,JADI BUAT APA NAK BUANG MASA KAJI/SELIDIK ?"..ini adalah kata2 dari mereka yg sya pun tak pasti apa ada dlam fikiran mereka..

Allah saje maha mengetahui
SALAH KE KITA KAJI BANGSA KITA?