Birdies Meh Dengaq Sini, Cek Nak Habaq Mai :-D..Eh.SHOUTBOX Kat Bawah k ♥

pOndOk KeciL adalah tempat SKY menulis apa jua yg terlintas di kepala atau berkongsi info dengan birdies. Ini adalah penulisan SKY sendiri dan "diubah" mengikut pemahaman SKY sendiri. Jika ada info yang SKY ambil tanpa mengubah apa - apa dan mendapat izin dari pemilik, kredit akan diberikan kepadanya. Ruangan komen di pOndOk KeciL adalah "dofollow" jadi rajinkan diri untuk memberi komen cili @ strawberi kepada penulis! =.=". Terima kasih jengah ke pOndOk KeciL. -Send me One Million FREE Guaranteed Visitors -

Sunday, December 12, 2010

Home » » Kebenaran Sejarah:Siapakah Nostradamus? dan mengapa ramalannya dikaji...

Kebenaran Sejarah:Siapakah Nostradamus? dan mengapa ramalannya dikaji...

Lakaran gambar nOstradamus
ASSALAMUALAIKUM...


             Entry kali nie, aku nk ceritakan pasal nOstradamus yang mana begitu terkenal dengan keupayaannya melakukan ramalan dengan tepat tentang perkara - perkara yang akan terjadi.Saya yakin kebanyakan dari kawan -kawan tahu atau pOn atleast pernah mendengar namanya :) Jadi apa tujuan saya menulis entry ini? suka - suka? hehe..tidak sama sekali..Ingin dinyatakan disini dengan sekeras-kerasnya bahawa saya bercerita tentang Nostradamus dan ramalannya kerana perasaan ingin tahu ekoran banyak ramalannya yang benar-benar terjadi. Namun bagi seorang Muslim, tiada yang sebenar-benarnya melainkan dari al-Quran dan hadis sahaja. Apa yang di tulis disini sekadar berkongsi maklumat dan pengetahuan am.






           Mari kite terjah sedikit siapa Nostradamus dan apa yang dilakukannya dulu, Michel de Nostredame adalah seorang pengamal perubatan di Perancis. Nostradamus terkenal kerana kumpulan puisinya yang telah diterbitkan di Lyon pada tahun 1555 yang terdiri dalam kelompok-kelompok seratus kuatrain (syair empat baris). Kumpulan puisi ini menjadi perhatian kerana ia sebenarnya adalah ramalan-ramalan tentang apa yang terjadi di dunia dan malah untuk lebih menghairankan sebahagian ramalan tersebut betul-betul terjadi, contohnya kemunculan Napoleon, kebangkitan Hitler, Perang Dunia I dan II dan yang paling popular adalah peristiwa 911. Anda ingin tahu 10 ramalan paling pOpular Nostradamus? klik disini dan sinun ya untuk penerangan lebih lanjut =_=

Buku Nostradamus
           Bagaimana Nostradamus mengetahui akan hal ini? benarkah beliau mampu meramal masa depan? atau beliau benar - benar seorang peramal yang hebat? hakikat sebenarnya...beliau mendapat semua maklumat ini dari manuskrip lama yang asli ataupun yang telah diterjermahkan dari manuskrip asal yang mana keseluruhan dari sumber ini adalah dari dunia ISLAM! anda percaya atau tidak? mari kita halusi sejarah ISLAM..


         Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W telah dibuktikan segala percakapan,perbuatan malah tindakan dari manusia teragung ini akan segera diambil tahu, dicatat dan direkOdkan Oleh para sahabat baginda di sepanjang hayat baginda. Jadi jumlah hadis adalah terlampau banyak malah melampaui beribu - ribu hadis. Nabi Muhammad S.A.W pernah membicarakan dengan sahabat hal peristiwa akhir zaman yang akan berlaku yg mana sekarang ini dikenali Oleh kita sebagai HADIS AKHIR ZAMAN atau HADIS FITAN. Hadis - Hadis ini kurang mendapt perhatian kecuali segelintir yang kita semua sedia maklum tentang hadis - hadis yang membicarakan tentang dajjal , turunnya NABI ISA, padang masyar dan tanda - tanda kiamat. Kebanyakan hadis - hadis ini bersifat rahsia dan hanya dapat ditemui didalam kitab ulamak terdahulu.


              Tidak semua hadis nabi ini dicatatkan didalam enam kitab hadis yang utama iaitu (SUNAN SITTAH) seperti riwayat Bukhari, riwayat Muslim, Riwyt Ibnu Majah dan lain - lain. Masih ada hadis-hadis yang lain yang sebahagiannya adalah percakapan spOntan nabi, bukannya didalam majlis rasmi mahupun khutbah baginda. Masalah terbesar hadis - hadis ini adalah kerana kesukaran untuk menentukan kesahihan hadis tersebut berikutan bercampur aduk dengan hadis palsu, hadis dhai'f atu lemah berbanding didalam SUNAN SITTAH, yang mana ulama memilih hadis yang terbaik mengikut disiplin ilmu hadis (dari segi riwayat, nasab dll.)


            Tetapi masih ada lagi segelintir ulama seperti Ibnu Khatir, beliau adalah salah seOrang sarjana ISLAM yang terkenal, mengkaji dan mengumpulkan hadis-hadis akhir zaman ini. Sekadar untuk pengetahuan, salah seOrang sahabat nabi yang terkenal mengetahui rahsia -rahsia akhir zaman adalah HUZAIFAH IBNU YAMAN R.A iaitu penjaga rahsia Nabi Muhammad S.A.W. Ali bin Abi Talib Karamallahuwajhah juga adalah salah seOrang sahabat nabi yang diakui ketinggian ilmunya Oleh para sahabat.

           Kembali kepada kisah entry ini, tembelang Nostradamus pecah apabila para pesakitnya pernah memberitahu bahawa ketika mengubati mereka, beliau mengucapkan perkataan aneh (seakan - akan bahasa ARAB) dan ubat - ubatannya datangnya dari negara arab. (Tidak di ketahui sama ada perkataan tersebut adalah berasal dari ayat - ayat suci ALQURAN). Ditemui juga satu manuskrip lama yang mengisahkan tentang pengakuan nOstradamus berkaitan sejarah hidupnya, yang mana datuk dan ayahnya terlibat didalam mencuri dan melarikan sejumlah manuskrip berharga dari BAITULMAQDIS, Baghdad, Mesir dan negara -negara arab lain dan selepas itu mereka berhijrah ke PERANCIS. (Perlu dingatkan bahawa Nostradamus dan keturunannya berasal dari JURUSALEM dan berketurunan yahudi dan datuknya berkawan rapat dengan Orang arab disana). dan seterusnya rahsia yang sulit ini diajar kepada Nostradamus selaku waris mereka, kesemuanya didalam b. arab!. 



              Ini adalah besar ertinya kepada umat ISLAM, apalah yang hendak dihairankan dengan semua ramalan Nostradamus ini jika semuanya berbalik kepada sumber ISLAM yang sememangnya kita tahu bahawa ia adalah kebenaran!. tidak timbul sOal ramalannya menjadi benar kerana ia berasal dari kata - kata nabi kita yang mulia (NABI MUHAMMAD S.A.W) yang sememangnya BENAR! Jika anda ingin mengkaji sendiri silalah ke kedai - kedai buku, dan cuba perhatikan ramalan -ramalan Nostradamus ini, anda akan temui beberapa ramalan akhir zaman yang menyerupai dengan apa yang kita pernah dengar sebelum ini sama ada dari ustaz atau ustazah,  dari ceramah agama ataupun kitab hadis. Terdapat juga beberapa kuatrain yang menyebut tentang satu penaklukan ISLAM keatas negara - negara barat yang diketuai oleh seOrang penakluk agung! ( tidak diketahui sama ada berasal dari arab atau negara lain kerana tidak disebutkan ARAB atau ISLAM)  

              Apa yang dapat kita simpulkan disini, tidak kira sama ada kajian ini 100% tepat atau hanya 50% tepat, kita sebagai umat ISLAM harus sedar tentang masalah utama yg berlaku sekarang. Bagaimana dengan sikap segelintir umat ISLAM yang tidak mengambil peduli langsung akan tentang hadis - hadis nabi malah ALQURAN yang agung!..Malah ada juga yang tergamak untuk keluar dari ISLAM (atas dasar cinta yang suci kOnOnnya..) Dunia barat sibuk mengkaji hadis dan manuskrip berharga dari dunia ISLAM, malah ada yang mengkaji ALQURAN yang penuh rahsia dan hikmah yang sememangnya terbukti menjadi medium saintifik dalam mmbicarakan tentang big-bang, Nebula, awan - awan hidrogen malah daya -daya nuklear!

             Dimana? terdapat berbagai sumber jika kawan - kawan semua ingin mencari dan INSYALLAH jika ada kesempatan, saya akan huraikan didalam entry yang akan datang. Cukuplah jika anda tahu surah AL ANBIYA'K ada membicarakan tentng teOri big-bang malah didalam surah YASIN yg kita baca setiap khamis itu juga ada mmbicarakan tentang bhan api PETROLEUM! Ya..kita semua tidak perfect, malah saya sndiri pOn kadang kala lalai dengan agama kita sendiri, tpi skrg-krgnya kesedaran akn timbul jika kita cuba memikirkan kmbali kslpn kita wlupOn sekadar sesaat!..Mari sama - sama kita ubah diri kita dan berpesan - pesan kepada kebaikan walaupOn sedikit...terutamanya kepada generasi muda seperti saya =_= .

              Ok lah..sampai disini dulu entry nie ye..salam dari saya kepada sume pmbaca....=_=....Wallahualam
p/s kredit untuk MO

Great minds discus idea
Middle minds discuss events
AND SMALL MINDS DISCUSS PEOPLE.



8 Kawan suka cOnteng!:

luqman said... [Reply to comment]

keep on blogging~

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

thanks brO coz sudi singgah malah beri kOmen :)

Wahida Nasution Thakhrim said... [Reply to comment]

entry yang sangat menarik.. memang tahu pasal nostradamus ni tapi tak sangka dia ada rahsia tersembunyi.. he3

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@Wahida Nasution Thakhrim

thanks...hehe =_=..memang ramalan2 beliau agak tepat...dan kemuskilan itu terjawab setelah beliau sendri membongkrkannya..=_=

Kodet said... [Reply to comment]

aku rsa org inggeris skang pun berjaya sebab curi kitab2 lama ni... diorang kan suka merantau jadi suka mencuri...perangai kafir

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@Kodet

ya..itu adalah slah stu sebab..bukan semau yg dicuri.mlh ada juga yg diberi tnpa sdr oleh orang islam sndri ..=_=

sHiMi sHinHae ^^, said... [Reply to comment]

entry yg sgt menarik..

Wo&Men said... [Reply to comment]

Kitab2 & Ilmu2 Islam banyak telah hilang dan ada yang telah dimusnah kan ketika Perang Salib..