Birdies Meh Dengaq Sini, Cek Nak Habaq Mai :-D..Eh.SHOUTBOX Kat Bawah k ♥

pOndOk KeciL adalah tempat SKY menulis apa jua yg terlintas di kepala atau berkongsi info dengan birdies. Ini adalah penulisan SKY sendiri dan "diubah" mengikut pemahaman SKY sendiri. Jika ada info yang SKY ambil tanpa mengubah apa - apa dan mendapat izin dari pemilik, kredit akan diberikan kepadanya. Ruangan komen di pOndOk KeciL adalah "dofollow" jadi rajinkan diri untuk memberi komen cili @ strawberi kepada penulis! =.=". Terima kasih jengah ke pOndOk KeciL. -Send me One Million FREE Guaranteed Visitors -

Sunday, December 12, 2010

Home » » Info Bolasepak Malaysia: Dimana Arah Tujunya..Surat Terbuka Untuk FAM...

Info Bolasepak Malaysia: Dimana Arah Tujunya..Surat Terbuka Untuk FAM...

LOGO FAM
 Assalamualaikum =_=

               Mgkin entry kali nie tidak menarik, terutama pada yang bkn kaki bOla..hee.. tapi saya tetap nk menulis entry nie sbb btul - betul tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Shabery Chik baru - baru ini..yang mengatakan Malaysia tidak akan mengambil luar untuk bermain dengan pasukan kebangsaan..Malah aku yakin, aku mewakili pendapat walaupOn
 bkn 100% penyOkOng atleast majOriti penyOkOng MALAYSIA yang mahukan perubahan dalam bOla sepak MALAYSIA..bkn sekadar bercakp tapi mahukan tindakan! itu yang penting...Untuk mahukan info - info lebih lanjut boleh kini SINI dan SINUN

Sekadar cOntOh..(diambil dari Page INFO DAN RANKING BOLA SEPAK MALAYSIA) sila like 
Tuan ,

        Saya bukanlah pakar bola sepak dan juga penyokong MALAYSIA yang hanya menyokong apabila menang dan mengutuk habis - habisan apabila kalah. Saya hanya seorang pemerhati sama sahaja seperti peminat - peminat bola sepak negara ini yang mahukan apa yang terbaik untuk negara. Malah kami menkritik bukan kerana benci tapi sayangkan bola sepak MALAYSIA ini.

        Memang benar kita patut memberi perhatian kepada pembangunan potensi pemain - pemain muda tempatan. Ini tidak dinafikan akan memberi satu impak yang baik untuk masa depan bola sepak negara. Tapi kita bercakap untuk masa sekarang, apa yang kita ada? apa pilihan yang kita ada apabila beraksi di peringkat tertinggi? Sekadar menghantar pasukan bwh 23 tahun untuk beraksi di peringkat senior kemudian mencanang dengan mengatakan untuk memberi peluang kepada pemain muda? Benar, kami juga berfikiran positif dengan menerima keputusan pihak tuan,ada baiknya dihantar pemain muda, TETAPI bertambah baik juga jika kita menghantar pasukan yang digabungkan pemain muda dan pemain senior? tidakkah ini meningkatkan imej pasukan negara kita? malah mampu memberi aksi yang lebih bermutu dan bertaraf tinggi, malah secara tidak langsung mampu memberi pengalaman kepada pemain muda?

                Ya, kita mengalami masalah kecederaan yang terlalu banyak, adakah kita tidak mempunyai pemain lain yang berkualiti seperti pemain utama? Dimana pemain - pemain tempatan kita yang lain? Ini sekadar satu contoh tentang situasi pasukan kebangsaan kita sekarang. Kita tidak boleh bergantung harap kepada nasib atau kepercayaan lagi untuk melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi ( ini merujuk kepada perlawanan terakhir piala AFF yang sedang berlangsung baru - baru ini). Kita mesti melakukan sesuatu. Sesuatu yang terbaik pada masa sekarang tanpa menganggu peningkatan prestasi pemain muda kita!.Apabila seorang pemain yang beraksi dengan liga AUSTRALIA dan PERANCIS menyatakan hasrat untuk menyarung jersi kita, adakah patut kita dengan angkuhnya mengatakan tidak perlu? Mereka bukan orang lain, malah memiliki darah keturunan MALAYSIA sendiri.

             Kami juga tidak setuju jika kita mengambil PEMAIN IMPORT ( 100% tiada darah MALAYSIA) lalu memberi kerakyatan kepada mereka. Kita masih memiliki bakat tempatan di luar negara kenapa tidak diendahkan? tidak perlu mengambil sebelas pemain yang beraksi di luar negara hingga mengetepikan pemain tempatan. Tidak perlu sampai ketahap itu, cuma berikan peluang kepada yang terbaik (kami yakin sekurang - sekurangnya 2 atau 3 orang daripada mereka mampu beraksi untuk negara kita), Ini tidak akan menutup peluang pemain tempatan untuk mewakili negara , hanya 10% sahaja kami mahukan dengan kehadiran mereka. Secara tidak langsung pemain senior tempatan ditambah lagi dengan pemain muda kita yang sedang meningkat lain juga akan meningkatkan prestasi apabila beraksi didalam satu pasukan! Automatik tuan, tidak perlu disuruh -suruh, ini kerana tempat di dalam skuad menjadi semakin terhad, maka mereka perlulah menunjukkan prestasi yang berkualiti tinggi kepada jurulatih untuk memilih mereka. Pemain tempatan juga boleh menimba pengalaman secara terus dengan mereka yang beraksi di luar negara scara tidak langsung mutu bola sepak negara juga boleh naik dengan sendirinya ( malah dengn lebih efektif dan pantas).

Tuan,

           Kami juga sedar yang kedudukan pasukan negara agak ketinggalan dalam bolasepak malah negara - negara kerdil ASEAN juga sedikit sebanyak sudah mampu mengejar kita. Ini realitinya..Bukan lah bermaksud dengan mengambil pemain seperti BRENDAN GAN dan TITUS JAMES PALANI kita boleh terus layak ke piala dunia. Sekurang - kurangnya ia mampu meningkatkan tahap permainan pasukan kebangsaan dan visi permainan. Kita perlu menggunakan kemudahan yang ada dengan sebijak - bijaknya. Mereka masih muda, baru berusia 22 tahun dan 24 tahun malah mampu beraksi sekurang - kurangnya 10 tahun lagi. Satu tempoh masa yang kami yakin pemain tempatan sedia ada dan yang muda sudah bertambah matang dan maju dalam bolasepak. Kami tidak sesekali memandang rendah bakat tempatan, malah kami mahu membantu mereka dengan cara yang lebih baik dari sekarang..

           Kami memohon kepada pihak tuan supaya pertimbangkan perkara ini dan kalau boleh silalah lawat kemana - mana blog sukan ataupun laman web sosial seperti facebook page sukan, maka pihak tuan akan dapat melihat apa yang kami (rakyat MALAYSIA) mahukan sebenarnya. Silalah memerhati perkembangan pemain - pemain yang mempunyai darah MALAYSIA yang beraksi di luar negara, kalau tidak mahu sekali pun, beri satu peluang untuk mereka membuktikan tahap dan kemampuan mereka didalam satu sesi pemilihan terbuka.Tidak sukar bukan? Kami barisan penyokong - penyokong MALAYSIA sedia membantu pihak tuan untuk mengesan bakat - bakat MALAYSIA yang tersembunyi di luar negara dan untuk pengetahuan pihak tuan, masih ramai lagi pemain yang sangat muda beraksi di luar negara. Malah ada yang baru berusia 13 tahun!. sangat rugi jika kita memandang sebelah mata perkara ini, dan bertambah - tambah rugi jika kita bersikap sambil lewa (lihat saja kes SHAUN MALONEY) sedangkan negara yang berstatus kuasa besar sekali pun sudah menggunakan kaedah ini. Lihat sahaja JERMAN, PERANCIS, GHANA, BELANDA.. mereka mempunyai liga - liga berstatus tinggi tetapi masih tidak mengabaikan pemain berdarah mereka yang sedia berkhidmat untuk negara mereka.

                Itu sahaja yang kami mahukan, ikhlas dari penyokong - penyokong bolasepak MALAYSIA. Kami tidak mahu perkara lain, cuma itu sahaja. Pertimbangkan sekali lagi perkara ini, kami menerima dengan tangan terbuka jika usul ini diterima malah sedia membantu pihak tuan untuk menjayakan cadangan ini. Kita tidak perlu berada di takuk lama pada 2011 nanti, moga - moga 10 tahun mendatang ada sinar dalam bola sepak negara dengan  sedia menerima perubahan. Semoga Harimau Malaya kembali mengaum garang di pentas antarabangsa.Maaf jika ada terkasar bahasa dan tersalah tulis.

Sekian.

      TERIMA KASIH :

PENYOKONG BOLA SEPAK MALAYSIA
      
Great minds discus idea
Middle minds discuss events
AND SMALL MINDS DISCUSS PEOPLE.



4 Kawan suka cOnteng!:

Unknown said... [Reply to comment]

hehe yey2...
fatin mmg x mint sal bola hahaha
haa..mata fatin ni pun rabun..tapi x terok ngat hehe.
so blh ja nk masuk hehe
orang kan tau rabun ka x :D
tapi cntest tu dh tamat lorh hehe

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

ahaha..aawl2 dh ngaku ea? hee :p
Oh..xnmpk cam rbun pOn? lOlx..
yup2..len a lau terang2 mata tuh da kler pink ..kOmpOm2 orag tawu kai c.lens!lalala...
errk..x psn! aha:p ..xde cOntest yg sng dn besh agi kew?

Anonymous said... [Reply to comment]

p antaq ja surat neh kt FAM...

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

aa..dlm perancangan..hehe