Birdies Meh Dengaq Sini, Cek Nak Habaq Mai :-D..Eh.SHOUTBOX Kat Bawah k ♥

pOndOk KeciL adalah tempat SKY menulis apa jua yg terlintas di kepala atau berkongsi info dengan birdies. Ini adalah penulisan SKY sendiri dan "diubah" mengikut pemahaman SKY sendiri. Jika ada info yang SKY ambil tanpa mengubah apa - apa dan mendapat izin dari pemilik, kredit akan diberikan kepadanya. Ruangan komen di pOndOk KeciL adalah "dofollow" jadi rajinkan diri untuk memberi komen cili @ strawberi kepada penulis! =.=". Terima kasih jengah ke pOndOk KeciL. -Send me One Million FREE Guaranteed Visitors -

Sunday, May 1, 2011

Home » » SALAH FAHAM MENGENAI PENGUNAAN "SALAM"

SALAH FAHAM MENGENAI PENGUNAAN "SALAM"

Assalamulaikum birdies semua..

       Walaupun niat di hati sebenarnya ingin menulis tentang isu hangat sekarang, tapi dek kerana beberapa pertanyaan yang diajukan kepada SkY mengenai persoalan perkataan "Salam" jadi, entri kali ni SkY akan  berkongsi mengenai perkara ini. Sebelum ni, kecoh jugak mengenai isu ini dengan sebaran melalui sms, blog facebook note dan sebagainya. Puncanya? Jangan salahkan sesiapa..setiap orang melakukan kesilapan dan penulis artikel "jangan menggunakan salam" sudah memohon maaf diatas kesilapan tersebut :-). Jadi tanggungjawab kita pula untuk menyebarkan tentang salah faham ini (membetulkan balik perkara yang sudah tersebar) . Untuk makluman, entri kali ni adalah satu artikel dari Ustaz fadhli mengulas mengenai isu ni. SkY hanya berkongsi dengan birdies. Jadi mari baca sama - sama ya.

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

        Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini. Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

      Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan. 

       Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ  

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

     Penulis-penulis artikel "Jangan menggunakan Salam" menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan. Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, 

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله
"Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah.."
"Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah.."

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

   Jadi, adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"? Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.


      Jadi, artikel Ustaz fadhli diatas sudah menjelaskan sedikit sebanyak tentang maksud "salam" bukan? Mengenai persoalan - persoalan lain yang selalu ditanyakan mengenai adab, hukum penggunaan salam, disini, SkY share jugak beberapa pertanyaan dari pembaca artikel beliau dan jawapan yang diberikan Ustaz didalam ruangan komennya. Harapnya dapat membantu :-)

1) Macam mana dengan Salam 1Malaysia?macam mana nak jawab?bukan apa saja nak tahu kadang2 kita main ikut macam solat ikut saja tak tahu apa maksud di sebalik sesuatu perbuatan atau kata.


JawapannyaSalam 1 Malaysia tu, sebaik-baiknya tanyalah pemberi salam apa maksudnya, atau tanya pelopor 1 Malaysia itu. Adakah bermaksud mengucapkan kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia, atau sebagai doa keselamatan kepada Negara Malaysia. Jika ia sebagai doa dibolehkan. Jika ia hanya sebagai penyedap kata atau untuk mengampu pihak tertentu, haramlah pula.


2) Bolehkah menggunakan perkataan salam untuk mengucapkan selamat sejahtera?

Jawapannya: Sudah tentu BOLEH. Secara ringkasnya, Salam bermaksud sejahtera atau selamat. Malah perkataan Islam juga berasal dari salam, dalam konteks selamat lagi menyelamatkan. Maka BOLEH gunakan perkataan salam, kerana ia juga salah satu cara Rasulu...llah ﷺ memberi salam سَلامٌ عليكم (salamun 'alaikum), adapun jika menggunakan السلام عليكم adalah terbaik. Lebih baik lagi menggunakan السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


3) Jika gunakan perkataan salam atau as salam dlm sms contohnya,mcm mana care untuk jawabnya dan bolehkah digunakan perkataan salam itu sendiri?

Jawapannya: Jika dalam ringkasan SMS, lebih baik gunakan perkataan yang ada maksud yang jelas. Boleh gantikan Assalamualaikum dengan SALAM sahaja, kerana difahami maksudnya ialah memberi salam. Malah menyebut SALAM sahaja telah berpahala, kerana ia salah satu Nama Allah (Asmaul Husna) dan bolehlah di jawab Wassalam.

4) Ada SALAM yang tak perlu jawab. Kalau jawab tak taulah hukumnya..SALAM selepas SOLAT. SALAM dalam tandas .perasan tak, guna telefon.." ASSALAMUALAIKOM " macam mana tu?

Jawapannya: Cara berkirim salam, jika kita mengirim sesuatu, mestilah ada benda yang dikirim. Kirim surat mesti ada suratnya, barulah boleh disampaikan. Begitu juga berkirim salam, mesti ada salamnya.Maka cara terbaik mengirim salam..., selain diucap, sampaikan salam saya kepada..., mestilah disertakan lafaznya iaitu ,”Assalaamu ‘alaihim warahmatullaahi wabarakaatuh”. –Salam sejahtera ke atasnya atau boleh disebut: ”Sampaikan salam saya kepada..., dengan lafaz

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته”

       Jadi diharap entri kali ni dapat menjawab pertanyaan sahabat SkY dan juga sesiapa pun yang tidak faham mengenai isu ini ya..Mungkin ada dalil lain atau pendapat dari korang, Luahkan di bahagian komen ya..Ops..Jika mahukan penjelasan lanjut boleh bertanya terus di FB Ustaz Fadhli ok..:-) Assalamualaikum dari tuan pondok...

Great minds discus idea
 Middle minds discuss events 
AND SMALL MINDS DISCUSS PEOPLE.


Kenali Mr. TN SkY :
Mr.TN_SkY juga adalah penulis untuk blog 100 Penulis. Birdies boleh mengikuti SkY di Twitter atau di Facebook. Jika birdies mempunyai soalan, boleh like fanpage pondok kecil, Pondok Kecil Crew.

18 Kawan suka cOnteng!:

GadisKechil said... [Reply to comment]

mati mati aku ingat kau yang tulis hal dalil and hadis semua tuh

Pakcoh said... [Reply to comment]

Bulih ke nok amik coretan dalam kotak putih tu?

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@GadisKechil

Actually memang isu "salam" nie sering disalah anggap walaupun kecil..dan lebih baik bertanya pada yang lebih pakar..walaupun kita tahu :-) itu lebih meyakinkan hehe..

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@Pakcoh

Sila2..amek je..sama2 sebarkan ilmu :-)

AL-QASSAM said... [Reply to comment]

Info yang menarik: tapi still orang masih tidak faham.


MENONGKAH ARUS KEHIDUPAN

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@AL-QASSAM

thanks...huhu..harap2 mampu memahaminya..:-)

alienelliz said... [Reply to comment]

haha ni kes lama sky, ada orang ckp salam ni x boleh sebut kena sebut as-salam....walhal, as-salam dan salam adalah sama haha...dah bnyak kali dah ell jumpa bnda ni...di tegur x lut..huhu biasalah..orang biasa nak tegur mna orang nk terima kan...hehe thanks for sharing..

blog ni kurang komen dah..hehe =P

http://hatibatu.com/blog/

CikTomyam said... [Reply to comment]

huih..gud info..

salam ukhwah (boleh juga kan).=D

Kaki Wayang said... [Reply to comment]

Thanks atas info ni

KeChIk said... [Reply to comment]

Assalamua'laikum..
=)
piin piinn..haaa,betol2...ada pihak yg cuba memperkotak katikkan isu ini..=)
salam = assalam = assalamualaikum..
haa inche sky...bila nk hapdate lagi????aigooo..==" kecik nk bagi tugasan kat inche sky neyh...cuti kan...=P

ayulunera said... [Reply to comment]

oooo...baru tau..maknenye tak salah la kan..ayu pon cofuse gak...skg ni dah tak confuse lagi..thanx ya...

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@alienelliz

hehe...xpe..batu pun lame2 akn lmbut kalau hari2 dicurahkan air kan? :-) atleast kita usaha untuk menegur hee...

yup..dah lame abaikan blog..my bad! =.="

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@CikTomyam

thanks :-) salam ukhwah juga..boleh2 hehe

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@Kaki Wayang

sama2...moga boleh membantu ya? :-)

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@KeChIk

Wslm...:-) hehe..xabes2 tekan hon eh? hee...oo maaf kecik..tgh cuba untuk update sekerap mungkin..tpi tugasan kerja xmengizinkan :-) maaf =.=" eh kerja ape tu? haha

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@ayulunera

hehe...yupp :-) xpe..kebanyakan org pun akan confuse jugak hehe...sama2 :-)

Qis said... [Reply to comment]

nice pantun !
hehee

i'm new here
selamat berkenalan

love this article

mohon sHare ye?

outbound malang said... [Reply to comment]

Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
nice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,