Birdies Meh Dengaq Sini, Cek Nak Habaq Mai :-D..Eh.SHOUTBOX Kat Bawah k ♥

pOndOk KeciL adalah tempat SKY menulis apa jua yg terlintas di kepala atau berkongsi info dengan birdies. Ini adalah penulisan SKY sendiri dan "diubah" mengikut pemahaman SKY sendiri. Jika ada info yang SKY ambil tanpa mengubah apa - apa dan mendapat izin dari pemilik, kredit akan diberikan kepadanya. Ruangan komen di pOndOk KeciL adalah "dofollow" jadi rajinkan diri untuk memberi komen cili @ strawberi kepada penulis! =.=". Terima kasih jengah ke pOndOk KeciL. -Send me One Million FREE Guaranteed Visitors -

Sunday, April 10, 2011

Home » » HANTU...DIMANA RELEVANNYA TERHADAP KITA?

HANTU...DIMANA RELEVANNYA TERHADAP KITA?

Assalamualaikum..hai birdies semua..:-)

     Ehem ehem...baru nak menulis? hehe..bagi yang tidak tahu sebab musabab kenapa SkY cakap macam ni..boleh lah baca entri ni Ringkasan Nota Maaf Buat Pembaca lepas tuh sila - silalah marah SkY sebab tak pandai bahagi masa ye hehe...Ok...dari tajuk pun rasanya korang dah dapat agak apa yang SkY cuba sampaikan kali ni kan? hurm..entri pertama untuk "comeback" pun dah berat.. tapi tak pe lah..demi zine kaki blogger, SkY tulis juga sambil  dapat berkongsi dengan birdies pondok kecil ni..=.=". UNTUK PERINGATAN..SEBELUM MEMBACA....SkY HARAP PEMBACA DAPAT BERSEDIA UNTUK BERFIKIR DI LUAR KOTAK YE..MUNGKIN IANYA AGAK SUKAR DIFAHAMI BAGI SESETENGAH ORANG (SkY cuba tulis sesantai mungkin hee)....INI ADALAH PENGOLAHAN INPUT DARI SEGI SAINS ISLAM dan untuk info lebih lanjut..sila jengah ke SINI ye..


MENTALITI KITA??
       
      Ok..sebelum kita bermula, SkY nak tanya sikit..apakah itu HANTU?? definisinya dan kenapa masyarakat kita begitu taksub dan sinonim dengan hantu?? wujudkah ia?..=.=". Apa kaitan hantu dengan kita? Ada sesiapa nak tolong jawabkan tak?:-p..Lambakan cerita ceriti hantu di televisyen seakan mengiakan bahawa hantu dan masyarakat melayu tidak dapat dipisahkan bukan? Tambahan pula ada pula yang beria - ia nak mencari hantu, menonjolkan hantu..siap berkamera...hantu artis kah itu? dan berfaedahkah kepada kita? Mari kita fikir sejenak...kenapa bila disebut pontianak..muncul di kepala kita, gambaran hantu perempuan yang berambut panjang dan berbaju putih? dan apabila disebut "pocong" pula mesti mayat yang sudah dikapankan. Kebanyakan hantu pula mesti spesis perempuan, apa dalam suku sakat hantu ada diskiriminasi jantina ke? DAN KENAPA BILA DISEBUT HANTU MESTI ADA KAITAN DENGAN DARAH!..dan ada seribu macam jenis lagi hantu - hantu di MALAYSIA...rasanya dah boleh buat persatuan dah :-) tapi pernahkah kita berfikir kenapa? atau tiada sebab untuk kita berfikir? =.="

      Semua ini sebenarnya adalah mentaliti masyarakat kita sekarang. Kenapa ianya terjadi? dari kecil lagi  pelbagai cerita yang ditambah bermacam rencah dan perisa sudah kita dengar bukan? Dari versi hantu tanglung ke spesis HANTU KAK LIMAH...=.=".  Siapa yang menanam benihnya dalam masyarakat? tidak lain dan tidak bukan adalah kita sendiri...Orang kita memang terkenal dengan seribu satu macam mistiknya dan tidak perlu SkY sebutkan satu persatu...ramai yang sudah tahu kan? Tapi jangan kita lupa..ORANG MELAYU juga kaya dengan bahasa kiasan dan simboliknya....Cuba korang bayangkan orang lama dulunya cuba menegur dengan penuh hikmah..contohnya..kenapa darah dan hantu umpama aur dengan tebing ? BERKEMUNGKINAN orang tua dulunya ingin menjelaskan kenapa kita mesti menjaga kebersihan diri (terutama wanita)...dan sehinggalah ke generasi kita sekarang, salah faham terhadap perkara ini mula berlaku...tidakkah didalam AL -Quran sudah dinyatakan hubungan darah dan syaitan? dengan menjadikan salur pendarahan kita sebagai tempat bergeraknya?..Ops..syaitan pulak?..Apa kaitan pula syaitan dengan hantu ni??


DUNIA KITA DAN MEREKA....

      Mari kita korek lagi..tahukah kita kenapa alam ini diciptakan sehebat - hebatnya? Pernahkah kita bertanya di dalam hati kita, dengan merenung luas langit yang ditaburi bintang - bintang  untuk apakah semua ini dicipta? Apakah Alam Nasut yang sangat luas ini dicipta hanya untuk manusia yang lemah beserta haiwan dan tumbuhan untuk kegunaan kita? dan kenapa..ya kenapa kita yang dipilih sebagai KHALIFAH?? ADA RAHSIA DI SINI. Ya..memang kita dipilih oleh ALLAH untuk menjadi khalifah..tapi kenapa iblis dan kerabatnya dibenarkan supaya menganggu manusia? tidakkah itu lebih menyusahkan kita? JANGAN GELABAH bila soalan ini ditanya oleh segelintir orang yang tidak faham....siapa kita untuk MENYOAL BALAS PEMILIK ALAM INI? Ingat! Jika kita memahami konsep mikro dan makro dalam diri manusia itu sendiri (sedikit pun sudah cukup membuatkan kita mengucapkan SUBHANALLAH!)..kita akan dapat memahami sebab musabab mengapa alam yang sebegini luas..hanya dicipta untuk menempatkan manusia yang lemah ini!.Walhal tidakkah kekasih ALLAH pun dari kalangan manusia yang serba lemah ini??

     Mempercayai perkara ghaib adalah satu satu iman kita...dan hantu sebenarnya adalah kerja dan "art work" makhluk bergelar JIN/ SYAITAN sambil diketuai IBLIS...Manusia? Kadang kala lebih HANTU dari persatuan hantu yang sedia ada!..believe it :-D rasanya jika dilihat perangai manusia, ada yang lebih "HANTU" dari hantu itu sendiri bukan? sekali lagi..percayalah!:-D...Ok..mari kita pergi lebih dalam, perkara  ghaib, mistik dan seumpamanya akan dianggap oleh akal bahawa ianya luar biasa dan tidak mampu dijelaskan atau dari kata lainnya di luar normal kehidupan. Dari segi saintifik, apabila akal tidak dapat menjelaskan paranormal ini, manusia akan mengeluarkan satu aura hormon yang dipanggil "KETAKUTAN". Bahasa Melayu kita pula menyatakan ianya sebagai SERAM!. Salah satu bukti kewujudan entiti lain (jin dan syaitan..SkY tidak gemar menamakan ianya hantu) adalah kerana aura ini dapat dihidu dan dirasai oleh entiti ini!. Ya..kita tidak dapat merasai aura sebegini kerana limitnya deria kita (untuk mendengar sahaja. lebih dari 90DB pun sudah berdesing telinga!). Apa buktinya? Lihatlah anjing (haiwan ini walaupun haram..banyak gunanya kepada kita)...kajian membuktikan anjing dapat mengesan sejenis bau yang dikeluarkan manusia apabila didalam panik, mungkin atas sebab itu..ramai yang membelanya untuk menjadi guard mungkin? 


      Tahukah kita lagi, setiap emosi yang kita punya dari diri kita akan mengeluarkan sejenis bau?? Tetapi hidung kita tidak akan dapat mengesannya. Ini mungkin dapat menerangkan mengapa orang yang LEMAH SEMANGAT kerap diganggu entiti lain atas sebab mudah dikesan mereka. Istilah Lemah Semangat ini amat popular dikalangan masyarakat melayu bukan? Jadi, DARI SINI MANUSIA MENYEDARI TERDAPAT ENTITI LAIN YANG TINGGAL BERSAMA KITA didalam dunia ini!.tetapi tidak dapat dirasai oleh deria kita secara langsung..kecuali diizinkan ALLAH..Dalam kes ini, prinsip frekuensi (getaran memainkan peranan penting untuk menghasilkan satu gelombang/aura diri manusia). Setiap frekuensi akan menghasilkan satu gelombang yang berbeza - beza. Malah, Al-Quran sudah ada jawapan bagaimana untuk mencegah entiti ini dari menggangu kita...Bagaimana? Kita semua tahu apa itu zikir...dan zikir = berulang - ulang, berulang - ulang = getaran, getaran pula menghasilkan frekuensi...frekuensi = ????.. Jadi..sudah tahu kepentingan zikir disini? PENING?? RILEKS...InsyaALLAH...SkY akan cuba menerangkan kepentingan zikir kepada diri kita khususnya kepada umat Islam di lain entri..

DIMANA MEREKA BERADA? DAN DIMANA RELEVANNYA MENCARI MEREKA? 

   Untuk SkY yang cetek ilmu ini.. jawapan yang paling tepat adalah WALLAHUALAM..tapi...ya..ada tapi, kerana ada juga jawapan dari segi sains yang tidak lari dari petunjuk dalam Al-Quran...pernahkan kita dengar tentang tujuh petala langit dan bumi? Kenapa begitu banyak tingkat diciptakan sedangkan kita hanya memerlukan satu sahaja tempat untuk kita diuji oleh ALLAH..sebelum ke alam seterusnya!...Konsep paling mudah adalah dimensi..Kita berada di alam 4 dimensi - ruang. Kita semua pernah bermain game kan? pernah tak kita berkhayal untuk menjadi salah satu watak dari dunia game tersebut???.Bayangkan kita makhluk yang hidup di dalam alam 3 dimensi. Kita punya panjang,lebar dan dalam. Bayangkan lukisan diri kita di atas sehelai kertas. Lukisan ini tidak memiliki ruang 3 dimensi. 'Kita' di dalamnya tinggal di dalam dunia 2 dimensi, hanya memiliki panjang dan lebar sahaja. Bagaimanakah kita ingin mengetahui kehidupan 'kita' di dalam lukisan ini? Sudah tentu dengan cara memecah masuk dengan "menstabilkan" atom - atom dari dunia 3 dimensi ke 2 dimensi. Konsep ini sememangnya agak sukar untuk dterangkan dalam satu entri sahaja...tapi insyaALLAH.. jika difahami, mungkin mampu menghuraikan kenapa RUPA SYAITAN DAN JIN YANG MAMPU MUNCUL SEKETIKA DI ALAM MANUSIA MEMILIKI GRAFIK YANG 'KOTOR' DAN MENYERAMKAN.

      Jadi, apa faedahnya kita mencari dan cuba memasuki alam makhluk ALLAH ini. Ada yang belajar, ada yang mahu merakamkan dan ada yang begitu taksub sehingga mengabaikan tanggngjawab kita yang lebih penting dari itu? Cukuplah sekadar mengenali, mengetahui dan menyakini serta belajar cara menghindarkan dari SYAITAN dan JIN..Tiada faedah kita menyokong segala macam hiburan yang makin lama makin mengarut..Jangan pula jika ditanya, "saya tidak menyokong" memang kita tidak menyokong, tapi kita tidak mengendahkannya bukan? Jika dibiarkan, lama kelamaan, ianya akan menjadi satu PERKARA BIASA bagi masyarakat, hinggakan habit bomoh membomoh sudah menjadi rutin dalam hidup kita. Ya! hiburan itu perlu...tapi ada batasnya..jawapannya? tepuk dada tanya selera...Lebih baik mengenali diri sendiri dan belajar mengubah diri, secara tidak langsung, jawapan kepada kehidupan makluk ini akan terungkai...


      Semua diatas adalah sekadar berkongsi kerana ia hanyalah pendapat. Ilmu kita semua tidak mampu merungkai segala yang kita mahu bukan? Ingat..persoalan kenapa dan mengapa dari segi ini tidak boleh dirungkai dengan akal sewenang - wenangnya...belajarlah melalui guru dan meneliti dan memahami dua sumber utama kita dapat membantu dalam mencari jawapan ini..Sudah fitrah manusia yang kadang - kadang terlebih ingin tahu apa yang sepatutnya tidak perlu diketahui hinga membawa kepada kesesatan. =.=".  Wallahulam..Ada soalan dan pendapat, silalah ke bahagian komen :-).Moga bertemu di entri seterusnya...As-Salam  Dari Pondok Kecil..

Great minds discus idea 
Middle minds discuss events 
AND SMALL MINDS DISCUSS PEOPLE.


Kenali Mr. TN SkY :
Mr.TN_SkY juga adalah penulis untuk blog 100 Penulis. Birdies boleh mengikuti SkY di Twitter atau di Facebook. Jika birdies mempunyai soalan, boleh like fanpage pondok kecil, Pondok Kecil Crew.

18 Kawan suka cOnteng!:

~sakina~ said... [Reply to comment]

saje je nak komen, manusie lah hantu ter jahat skali di alam semesta!! :)))
hahahaha

lavender harum wangi said... [Reply to comment]

aku tak penah jumpa and xnak jumpa hantu~ >.<

l a l a , S h a h e i l a said... [Reply to comment]

huhu..tak pernah jumpa dan tak nak jumpa hantu..

Beaufort Paranormal Community said... [Reply to comment]

Selalu jumpa dan selalu nampak hantu...hehehehe tp jgn takut hantu...

www.beaufortparanormal.blogspot.com

wanacesh said... [Reply to comment]

salam hi sky!! bru update ek,,hihi

sky kakak kiter msuk ruqyah la yang halau2 jin dalam bdn manusia tu,,pnh skali dia perasapkan satu rumah kami n kata ada banyak makhluk lain duduk dahla mata dia terbuntang masa cakap tu scary~ btul la,,kami satu family x suka dia join group tu krn kbnykn yg ikut golongn berumur dan berilmu dan dia pling muda, lgpun takut mkn diri sndiri je huhu

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@~sakina~

ahaaha..totaly agree :p

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@lavender harum wangi

Uish..ahaha..tpi syaitan sntiasa ada disisi manusia :p

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@l a l a , S h a h e i l a

sama taste anda dgn cik lavender hehe

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@Beaufort Paranormal Community

yup..hanya ALLAH yang layak ditakuti..cuma....just respeck them(JIN) sebgai makluk ALLAH jua..hee

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@wanacesh

wslm...hi..yup! wah..lame xjmpe dlm dunia blogging hee :p sori lame xupdate huhu...sangat sangat sangat busy ..hukhuk...

oic...hurm..ape name ruqyah tuu? n ape bacaan yg dia amalkan? huhu..insyaALLAH..kalau boleh tlg sky tlg...

mie said... [Reply to comment]

soalan ni kena tanya kat uncle seekers..hahaha...dia kata dia power bab hantu ni,hahhaa

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@mie

ahaha..betul3..tpi jawapannya boleh diagak bukan? hehe :p

sumanje said... [Reply to comment]

Salam ziarah…
Jemput singgah di blog baru Sumanje
Tentang Malaysia
Terima kasih atas kunjungan anda
Semoga Ceria selalu dan happy blogging
Dari ~~~SuManje~~~~~~~~~…………………

:)..

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@sumanje

salam...tiada masalah hehe...u too ok..

cayrol said... [Reply to comment]

hantu adalah golongan JIN yg sentiasa menganggu manusia. Mereka menggangu mungkin atas kehendak manusia jgk seperti manusia menyeru mereka agar merosakkan manusia yang lain.

JIN diciptakan oleh Allah dari api sama dengan IBLIS dan SYAITAN. IBLIS dan manusia saling bermusuhan sejak pencipta ADAM lagi. Tentu sekali golongan mereka akan menghasut manusia utk bersama mereka di neraka.


Tip elak lupa password windows atau internet

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@cayrol

Nice answer from cayroll..yup its true...but i want to add more..syaitan oso is one of the entity for the word "hantu" that usually use in our public..hehe..dan ini memudahkan mereka menyesatkan kita dgn cara mmbantu JIN..(JIN majoritinya kafir..hanya minoritinya Islam..wallahualam..setakat yang belajar stkt ini)

Amy Zain said... [Reply to comment]

seram plak aku...da la aku bace ni memalam buta...EeeeEeee~~

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

@Amy Zain

ahaha....xpe..t hantu hijau ko.:-p cam rituh haha