Birdies Meh Dengaq Sini, Cek Nak Habaq Mai :-D..Eh.SHOUTBOX Kat Bawah k ♥

pOndOk KeciL adalah tempat SKY menulis apa jua yg terlintas di kepala atau berkongsi info dengan birdies. Ini adalah penulisan SKY sendiri dan "diubah" mengikut pemahaman SKY sendiri. Jika ada info yang SKY ambil tanpa mengubah apa - apa dan mendapat izin dari pemilik, kredit akan diberikan kepadanya. Ruangan komen di pOndOk KeciL adalah "dofollow" jadi rajinkan diri untuk memberi komen cili @ strawberi kepada penulis! =.=". Terima kasih jengah ke pOndOk KeciL. -Send me One Million FREE Guaranteed Visitors -

Friday, December 31, 2010

Home » » Info Bolasepak Malaysia: Analisis dan Komen Prestasi For The New King Of Asean 2010!

Info Bolasepak Malaysia: Analisis dan Komen Prestasi For The New King Of Asean 2010!

Salam...
       Wah..hari ni rajin betul SkY update, tak sampai 2 jam da 3 entri!, semangat apakah ini? semangat nak masuk tahun 2011 ke?:-D. Pape pun, sebelum SkY start tulis melaut pasal title diatas, SkY nak ucap terima kasih kepada siapa yang memberi komen ketika pOndOk kecil ni "di repair" hehe..ade problem sikit..nak tahu..godeklah kat SINI ye...ade yang kasi komen putihkan bahagian post, "cerahkan" widget, ada yang suruh kurangkan iklan dan banyak lagi! thanks ya! =_=..yang puji pun ramai..uu..So, da tukar da mana yang patut, SkY rase ni yang terbaik buat masa sekarang, dan komen2 korang memang membantu! hehe..kekurangan yang lain nanti slow2 SkY tukar ye..:-p

      Ok..da melalut banyak ni..aha..ini entri pasal bolasepak ok! ish tuan tanah ni..hampeh btul~ hehe :-p. Sempena kejayaan skuad negara muncul sebagai THE NEW KING OF ASEAN (Tahniah!) semalam, SkY tulis entri ni khas untuk mereka dan peminat semua. Mari sama - sama kita terjah, apa yang dilalui oleh skuad harimau kita yang masih muda hingga menjadi matang membaham sang garuda, gajah putih dan vietkong! Mari3, kita berpesta..hehe :-p

PINGAT EMAS SUKAN SEA! (KEBAS DARI INCIK GOOGLE)
6 Januari =  Malaysia vs UAE ( Kelayakan Piala Asia)
       Masih segar dengan kejayaan manis muncul juara sukan sea 2009, Skuad negara muncul dengan watak berbeza di tahun baru dengan kombinasi muka baru dan lama untuk mengukuhkan skuad negara. Hasilnya menentang lawan di ranking 105 dunia, Malaysia memberikan saingan hebat sebelum tewas tipis 1-0.  
Tahap persembahan = Baik! 

25 Julai 2010 = MalaysiaB23 vs KoreaB23 ( Friendly)
       Beraksi di SSBJ, bagaikan memberi tonik tambahan kepada skuad muda negara. Aksi melawan dan variasi serangan adalah kunci kemenangan dalam perlawanan ini. Walaupun Korea hanya hanya menurunkan barisan muda, tapi berdepan salah satu kuasa besar asia ini, bukan mudah! barisan muda Korea inilah yang bakal mewakili skuad utama, dan kejayaan menewaskan Korea cukup membanggakan dan seakan membuka mata banyak pihak yang memandang sinis terhadap skuad negara! Gol safiq rahim membantu negara menewaskan Korea 1-0.
Tahap persembahan = Baik!

TENDANG JANGAN TAK TENDANG (KEBAS DARI INCIK GOOGLE)
3 September 2010 = Malaysia vs Oman ( Friendly)
       Menentang Oman ranking 99 dunia di gelanggang lawan membuatkan pasukan negara seakan hilang rentak dalam perlawanan ini. Gagal bermain secara taktikal bertahan dan banyak tewas di perebutan bola tinggi menghukum skuad negara. Tewas 3-0 adalah jawapan terhadap permainan tidak tersusun yang dipamerkan. Jelas pada waktu ini, skuad negara tidak menunjukkan permainan sebenar. (satu pengajaran berguna menentang lawan yang bermain secara fizikal!).
Tahap Persembahan = Buruk!

HA RAJA KAD! (KEBAS DARI INCIK GOOGLE)
8 November - 15 November = Sukan Asia
       Diletakkan didalam kumpulan yang sama dengan Jepun, China dan Krgystan, Di atas kertas Malaysia seakan tidak mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Tapi kali ini, skuad negara tampil dengan watak garang ( ingat! hampir 8 orang pemain utama negara cedera dan disingkirkan dari skuad). Skuad muda ini membuka kempen dengan kemenangan 2-1 ke atas Krgystan sebelum ditewaskan dengan bermaruah, semangat melawan yang tinggi sehingga dipuji jurulatih Jepun dan China (kita tewas 2-0 dan 3-0). Perlawanan berdepan China penuh kontroversi, pengadil ( BEN WILLIAMS! ingat nama ini ok) dengan penuh hemahnya memberi 3 kad merah kepada pemain kita dan ini membantutkan rentak Malaysia. Aksi terpuji skuad negara berjaya mengekang lawan dari menang besar! Salute! =_=

       Kesan dari perlawanan ini, skuad negara tampil tempang di pusingan kedua menentang Iran dan menakjubkan, kita mampu mempamerkan prestasi melawan walaupun tewas 3-1. Kempen sukan asia kali ini, kita mengamalkan taktik "defend and counter" yang mana berjaya membuatkan pemain muda kita begitu serasi dengan taktik ini dan berjaya memecahkan kebuntuan layak ke peringkat kedua sukan asia dalam masa 32 tahun!.
Tahap persembahan = Cemerlang!

KITA JUARA! ( KEBAS DARI INCIK GOOGLE)
1 disember - 29 Disember = Piala AFF Suzuki
      Pertandingan ini menyaksikan kebangkitan menakjubkan skuad negara. Tampil sumbang pada perlawanan pertama, diperbudakkan Indonesia 5-1, Malaysia menunjukkan kekuatan sebenar barisan pertahanan dan skill individu serangan ketika menentang Thailand, Laos dan Vietnam yang mana menyaksikan kita hanya bolos 1 gol dan menjaringkan 7 gol. Semangat harimau malaya ini membantu mereka melayakkan diri ke final selepas 14 tahun gagal.. Kali ini buku bertemu ruas! Berdepan lawan yang membelasah skuad ini, seakan memberi mereka satu rangsangan lain untuk membalas dendam. Tambahan pula seramai 90000 penyokong negara penuh di SSBJ! satu fenomena yang jarang disaksikan, dan ini bukti peningkatan ketara skuad negara kali ini. sehingga mampu mencipta kejutan di piala AFF. 

       Taktik "defend dan counter" yang dipraktikkan K. rajagopal di piala asia jelas menunjukkan hasil di kejohanan ini. Bijak menggunakan taktik ini, dari menggunakan risiko bermain secara attacking. selepas sedar barisan negara kekurangan pemain hadapan dan tengah yang berpengaruh dan menggunakan sepenuhnya pengalaman pemain pertahanan harimau Muda (seperti Muslim,Mahali, Fadhli dll). Akhirnya! Malaysia membaham sang garuda di final 4-2 untuk membuktikan bahawa skuad negara adalah the new KING OF ASEAN!..
Tahap persembahan = Cemerlang!

ITU DIA PENYOKONG ANDA SKUAD HARIMAU! ( KEBAS DARI INCIK GOOGLE)
       Tahniah buat skuad negara, kematangan dari satu perlawanan ke satu perlawanan cukup membanggakan kita. Walaupun tanpa pemain utama, pemain muda ini  membuktikan mereka adalah bintang baru bolasepak negara, dan persaingan merebut tempat sudah tentu semakin terbuka. Satu situasi yang cukup memberi kelebihan kepada skuad negara (dianggarkan 60 orang pemain mampu beraksi didalam skuad negara berdasarkan prestasi semasa). Lagi menarik jika niat rajagopal untuk menarik BRENDAN GAN atau NICHOLAS CHAN ( sekarang bermain untuk kelantan, ingat ya mereka ini berdarah Malaysia bukan pemain import seperti Cristian Gonzales!) bermain untuk skuad negara terhasil. Gabungan pemain bintang, muda, dan pemain luar akan menjadikan skuad ini penuh variasi dan sudah tentunya mampu mencabar di peringkat Asia. Hope the new year will get us to the new era of football. Insya ALLAH
HA..HARAP2 SATU HARI NANTI! AHA...
       Status sebagai King of Asean bukan untuk dimegahkan, tapi ini sebagai rangsangan untuk skuad negara lebih berusaha sebagai cara untuk membuktikan kita layak untuk mendapat status tersebut! Kita diperhatikan oleh negara lain di peringkat asia sekarang, jadi tunggu apa lagi? tingkatkan prestasi, perbaiki kelemahan. Kami peminat Malaysia sentiasa berada di belakang anda! =_= .  Tahniah sekali lagi, dan bertemu lagi di 2011! .Salam dari tuan pOndok..(penat oh tulis..:-p)

13 Kawan suka cOnteng!:

mnt6277 said... [Reply to comment]

aku tulis benda yang lebih kurang sama katSINI

ima razi said... [Reply to comment]

hey thanks eah wish!hehe btw da follow kamu :D

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

really? hehe..:D ok.thank to u too hehe

::are_dek emy:: said... [Reply to comment]

sat2...hat paper tuh sungguh ka?..hehe

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

ahaha..tak lah..edit ja tuu =_=

ayulunera said... [Reply to comment]

Yeayh...prestasi bola sepak Msia semakin bagus...tahnia Malaysia..

lavender harum wangi said... [Reply to comment]

ceh, yg paper tu igt betul la.. edit rupa nya. hahahha :D

Ujang9897 said... [Reply to comment]

malaysia best...cube komen blog aku..nk gak kemas kini

yad'z said... [Reply to comment]

WOHOO..
jom2 berpesta ramba.. ngeh3x..

jom lah join... belum lambat... tarikh tutupnye esok kul 3...
mane lah tau bertuah....^^

ciku manggis said... [Reply to comment]

nak paper tu jadi betul =)

Shaheila Malek said... [Reply to comment]

Malaysia the best!!

lynn angel said... [Reply to comment]

ehem.. saya tag awak pada GA yang hebat!! dtg singgah yer, join la sekali.. :)

GiveAway Pendrive..
http://swiftforme.blogspot.com/2011/01/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html

Mr. TN_SkY said... [Reply to comment]

hehe
byk lak nk reply coment..
@ ALL= ya..malaysia memang kosisten tahun nie..hehe..:D hope 2011 lagi terbaek hehe

@ ujang = ha..da join dah jang uii

@lynn.= yekew? later i join ya? hehe