Birdies Meh Dengaq Sini, Cek Nak Habaq Mai :-D..Eh.SHOUTBOX Kat Bawah k ♥

pOndOk KeciL adalah tempat SKY menulis apa jua yg terlintas di kepala atau berkongsi info dengan birdies. Ini adalah penulisan SKY sendiri dan "diubah" mengikut pemahaman SKY sendiri. Jika ada info yang SKY ambil tanpa mengubah apa - apa dan mendapat izin dari pemilik, kredit akan diberikan kepadanya. Ruangan komen di pOndOk KeciL adalah "dofollow" jadi rajinkan diri untuk memberi komen cili @ strawberi kepada penulis! =.=". Terima kasih jengah ke pOndOk KeciL. -Send me One Million FREE Guaranteed Visitors -

Sunday, December 19, 2010

Home » » Info Bolasepak Malaysia: Layak ke final Piala AFF! Analisis dan komen...

Info Bolasepak Malaysia: Layak ke final Piala AFF! Analisis dan komen...


BARISAN MUDA HARIMAU MALAYA!       
          Salam..hai semua!..wah wah wah!  hari yan sangat best...=_= sebab tidak sia - sia aku ke HANOI! ahaha..ke hanoi la sangat..tengok kt tv je (tengok hanoi kt tv)...ish..em..entri nih saya tulis khas untuk menghargai dan merakamkan sekalung tahniah kepada skuad bolasepak negara yang telah berjaya layak ke final piala AFF ( dahulunya piala tiger) setelah 14 tahun kempunan!.

            Sebenarnya penyertaan MALAYSIA kali ni, tidak diberi sebarang harapan, yelah..dengan kehilangan hampir 9 tonggak utama ditambah pula baru sahaja menghadapi saingan sukan asia jadi,kejohanan ini cuma untuk menimba pengalaman kepada skuad muda negara TETAPI jelas semangat juang dan kebolehan pemain muda negara tidak boleh diperkecilkan! LAYAK KE FINAL jelas bukan sesuatu yang mudah untuk direalisasikan oleh pemain muda negara,selepas diperlekehkan dengan kejam oleh indonesia 5-1, barisan pemain muda negara mula menunjukkan kemampuan sebenar mereka sedikit demi sedikit bermula dengan Thailand, membelasah Laos dan akhir sekali membenam Vietnam malam tadi!

KEKUATAN PERTAHANAN TUNJANG KEMARAAN SKUAD NEGARA  
        Sepanjang kejohanan, dengan rekod setakat ini, pasukan negara sudah menjaringkan 8 gol dan melepaskan 6 gol, satu rekod yang sebenarnya tidak begitu baik, tetapi di atas padang, gol yang banyak sekalipun jika tidak memenangi sesuatu perlawanan, maka tiada maknanya..83 peratus gol yang bolos adalah hasil dari indonesia! dan jika diikutkan jumlah gol yang dilepaskan dalam 4 perlawanan berikutnya, hanya 1 gol sahaja yang diboloskan..satu peningkatan dan kematangan yang cukup membanggakan dari barisan pertahanan negara (mungkinkah kehadiran APEK atau Khairul Fahmi yang cukup tenang dan yakin di depan gawang) memberikan suatu impak yang berkesan? K.rajagopal melakukan satu pilihan yang bijak dengan memasukkan pemain yang jelas didalam prestasi terbaiknya ketika ini..Sikap tidak berputus asa Asraruddin Putra,walaupun dikritik keras oleh peminat ketika perlawanan pertama, patut diberi pujian! beliau jelas mempunyai sikap profesionalisme yang tinggi dengan menunjukkan prestasi yang tinggi pada perlawanan berikutnya. Fadhli Sas,Muslim Ahmad serta Mahali dibantu Safree Abu juga menunjukkan kematangan dari satu perlawanan ke satu perlawanan! Memang mengujakan dan kredit patut diberi kepada pemain pertahanan negara.

        Kenapa saya memuji begitu tinggi terhadap barisan pertahanan negara? ini kerana di kejohanan ini, skuad kita mengamalkan satu taktik bertahan dengan kental sebelum melakukan serangan balas yang sangat pantas serta tajam ( ala - ala italy dan greece! greece pun sudah menjadi juara EROPAH apabila mengamalkan taktik ini). Jadi tunjang kepada taktik ini adalah barisan pertahanan dan sayap. Barisan pemain di posisi ini perlu bekerja lebih keras untuk menyerap asakan sebelum mencari ruang untuk melakukan serangan kilat (menghantar bola kepada pemain tengah atau penyerang). Memilih untuk menggunakan taktik ini, pujian perlu diberikan kepada coach negara kerana beliau lah yang mengetahui kemampuan anak buahnya, dengan mengabungkan pengalaman bermain di SLOVAKIA yang dimiliki kebanyakan pemain pertahanan (Harimau Muda A), serta sedar bahawa skuad kali ini tidak memiliki pemain utama untuk mengemudi barisan tengah serta serangan, jadi beliau lebih mengutamakan "counter attack from defend" dan jelas taktik ini lebih sesuai diguna pakai ketika ini!.
SEMOGA SEJARAH AKAN DIULANGI!
             Malah penyerang - penyerang senior Vietnam dan Thailand sedikit pun tidak menembusi pertahanan kental yang dicipta skuad negara!..Cuma Indonesia sahaja (Laos dikecualikan kerana hanya 1gol) mampu menyumbat 5 gol..mungkin taktikal ini tidak begitu sesuai untuk digunakan apabila menentang pasukan yang mengamalkan serangan dari pelbagai arah dan serba pantas di segenap posisi!.Jadi K. rajagopal sudah patut mencongak2 taktik mana yang harus digunakan jika kita berpeluang menentang Indonesia sekali lagi agar pisang tidak berbuah 2 kali..=_=
Lihatt kata - kata K.rajagopal.."As a coach, I'm very, very happy. I can't express my emotions at this moment, especially with this young squad," he said. "They are real fighters, they are real Malaysian tigers." yeah!.saya setuju!.hee..
        Keseluruhannya, di edisi piala AFF kali ini, kesemua pemain yang dimasukkan menunjukkan kematangan dan peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan, dan ini memberi kesedaran kepada kita, bahawa skuad muda kita sudah bertambah matang dan yakin! Satu impak positif selepas negara bekerja keras untuk membangunkan skuad muda yang dapat beraksi di tahap yang tinggi..Terima kasih terima kasih terima kasih kepada semua yang terlibat! (maaf ya hafizal ahmad..ciplak anda punya slogan ahaha) . Sokongan tidak berbelah bahagi rakyat MALAYSIA juga patut dipuji! sentiasa menyokong apabila kalah dan menang..lihatlah 55 ribu rakyat MALAYSIA di Stadium Bukit Jalil. Sudah lama kita tidak melihat fenomena sebegitu, jika perlawanan diadakan pada hari minggu sudah pasti bilangan akan bertambah lagi!.

              Akhir sekali, dengan kejayaan ini, tidak bermakna kita tidak lagi memerlukan sumbangan pemain yang berdarah MALAYSIA di luar negara, ini kerana bagi saya, mereka boleh memberi sumbangan yang besar kepada negara dengan pengalaman dan skill yang dimiliki. pemain muda kita juga boleh menimba ilmu serta pengalaman dengan cepat jika misi ini direalisasikan!.Bayangkan saja, skuad negara yang dibariskan memiliki gabungan pemain MALAYSIA di luar negara + pemain bintang yang cedera + pemain muda yang semakin matang ini, sudah tentu skuad negara mampu melangkah lebih jauh lagi apabila beraksi di peringkat yang lebih tinggi!.Kita juga akan memiliki ramai pemain lain yang mampu memikul cabaran jika pemain utama cedera.Jadi tidak ada lagi alasan "pemain - pemain utama cedera ya!"

KETEPIKAN SENTIMEN KENEGERIAN/POLITIK/RACISM MARI BERSAMA MENYOKONG MALAYSIA!
               Apa pun, akhir kata dari saya (berapa kali akhir da..hehe..), sekalung syabas diucapkan kepada skuad negara, anda telah membuatkan 28 juta rakyat MALAYSIA bangga! :-) dan ingatlah perjuangan belum selesai, ada satu lagi perlawanan dan ketika beraksi di final nanti, tunjukkan prestasi yang tinggi dengan taktik yang tepat, tidak mustahil impian untuk merangkul kejuaraan Piala AFF akan tercapai!...Rakyat MALAYSIA sentiasa dibelakang anda, lupakan lalang yang mengkritik untuk menjatuhkan, tapi ingatlah penyokong fanatik seperti kami yang mengkritik dengan kasih sayang =_=..Semoga tahun ini..berakhir dengan kejayaan ..mirip tahun lepas..dan dapat membuka dimensi baru dalam bolsepak negara untuk tahun 2011 dan keatas! (contohnya 2 atau 3 orang pemain Malaysia di luar negara dapat bermain) hehe..Nicholas Chan pun sudah bermain dengan skuad kelantan..:-) INSYAALLAH!

TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH...salam dari saya...

7 Kawan suka cOnteng!:

qasehraihan said... [Reply to comment]

jln2 jenguk dia..dn bc ulasan bola..hehe..i follow u..dh follow i??

armouris said... [Reply to comment]

tahniah Malaysia!! info tentang bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

qaseh raihan..hehe...rase2 da fOllOw kOwt..later i drOp cOmment kt rumah kamu ya..hee
armOuris..Oke..nnti i dtg..hidang tea ya :D

nasarudin said... [Reply to comment]

dah macam style ITAly jer..bertahan pastu counter..kadang risau juga,boring pun ada

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@nasarudin = ya aha..tpi xpe..itu je yang termampu dengan skuad yang kita ada skrg..sbb player utama injuerd,jelas k.rajagopal bijak dalm pilh strategi..kalau kita men 4-4-2 macm lwn indonesia aritu..serba xmenjadi..xde yang boleh hold ball kat tengah...
boring abaikan..yang penting menang skunk nie ahaha

Anonymous said... [Reply to comment]

post neh paling terbest..^-^

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

ahahaha...kenape?