Birdies Meh Dengaq Sini, Cek Nak Habaq Mai :-D..Eh.SHOUTBOX Kat Bawah k ♥

pOndOk KeciL adalah tempat SKY menulis apa jua yg terlintas di kepala atau berkongsi info dengan birdies. Ini adalah penulisan SKY sendiri dan "diubah" mengikut pemahaman SKY sendiri. Jika ada info yang SKY ambil tanpa mengubah apa - apa dan mendapat izin dari pemilik, kredit akan diberikan kepadanya. Ruangan komen di pOndOk KeciL adalah "dofollow" jadi rajinkan diri untuk memberi komen cili @ strawberi kepada penulis! =.=". Terima kasih jengah ke pOndOk KeciL. -Send me One Million FREE Guaranteed Visitors -

Saturday, January 15, 2011

Home » » Rahsia Sejarah dan Teori Banjir Besar di Zaman Nabi Nuh A.S

Rahsia Sejarah dan Teori Banjir Besar di Zaman Nabi Nuh A.S

Salam..:-D
         Ha..ini entri yang SkY janjikan untuk korang. Maaf sedikit lambat sebab ada banyak masalah. huhu =_=. Kalau nak tahu masalahnya rajin - rajinkan jari tu klik di SINI ok. Alhamdulillah, dapat juga siapkan entri ni. Ha..tengok tajuk pun korang dah faham kan apa yang SkY cuba kongsikan kali ni. Tak kisahlah ini adalah rahsia yang tersembunyi ke, teori ke, kajian ke, hipotesis dan sebagainya...tapi cuba fikirkan sejenak. Yang mana korang lebih yakin? Kajian dari barat atau dari ilmuwan Islam sendiri? Tidak rugi berfikir sejenak kan?

SETIAP PEMIKIRAN HENDAKLAH BERDASARKAN ALQURAN DAN HADIS
         Seperti  kebiasaannya, SkY mengingatkan para pembaca supaya membaca dengan fikiran yang tenang, jangan terlalu skeptikal dan sinis dengan apa yang dibaca. Ini adalah cuma secebis info yang SkY ingin kongsi dan berbincang pandangan dengan korang. Info yang sekian lama bermain difikiran SkY dari dahulu. Apa benarkah sejarah sekarang? Kenapa? dan sekarang ini, alhamdulillah walaupun sedikit, dapat juga menghilangkan keraguan terhadap sejarah yang cuba disembunyikan oleh DUNIA BARAT. Ini adalah kesimpulan dari pembacaan dan pemahaman SkY terhadap kajian dan teori - teori yang dilihat selari dengan Islam dan tidak mengabaikan AL Quran dan Sunnah. SkY cuba menulis sesantai mungkin. Jadi jika ada kesilapan bahasa, maaf ye =_=. Jika inginkan pembacaan yang lebih berat, SkY syorkan silalah ke SINI..


        Ok..Mari kita buka sedikit minda kita dengan soalan ini. Benarkah satu bangsa yang benar - benar maju pernah wujud suatu ketika dulu? Sebagai contoh, Piramid Gaza yang digembar gemburkan dibina oleh firaun - firaun Mesir, padahal yang nyata, mereka hanya membaik pulih piramid tersebut yang diwarisi turun temurun! Sebenarnya ramai pengkaji telah lama menyedari tentang perkara ini,tetapi ianya terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.3 Piramid yang begitu tepat kedudukannya dengan buruj orion ini adalah penunjuk arah kiblat yang terbesar dimuka bumi (Perlu diketahui buruj Orion adalah buruj yang menjadi  petunjuk arah kiblat di langit). Maha Suci ALLAH yang tidak menjadikan sesuatu dengan sia - sia. Sudah tentu bangsa misteri yang membina piramid yang gah ini mempunyai kemajuan teknologi yang begitu tinggi malah mungkin melebihi kita sendiri yang dianggap sudah maju ketika ini! Tidak percaya? Tunggu sebentar..

AHA..DARWIN PUN TAK MENGAKU! :-p
        Kita semua tentu pernah dengar teori gila yang dinamakan teori Darwin. Teori yang mengatakan manusia dari monyet ini begitu popular di abad ini, ataupun teori "sejagat" yang mengatakan kita adalah berasal dari satu genetik yang amat kuno seperti  zaman paeleotik, mesolitik atau neolitik! kemudian perlahan - lahan berevolusi menjadi satu bangsa manusia yang mampu menguasai dunia ini. Sila baca entri Rahsia Sebenar Sejarah Melayu untuk info lanjut..Yang mana satu kita lebih percayai? Ya! memang kita perlahan - lahan belajar cara hidup dimuka bumi ini semenjak Nabi Adam a.s diturunkan ke bumi, tapi ALLAH sendiri telah menyatakan didalam AL-Quran, manusia adalah makluknya yang paling mulia, sehinggakan azazil yang dianggap ketua segala malaikat itu pun disuruh sujud hormat kepada Nabi Adam a.s. Jadi dengan kemuliaan, serta kebijaksanaan manusia pertama ini (yang dianugerahkan ALLAH) walaupun beliau turun sehelai sepinggang sekalipun ke muka bumi ini, sudah tentu beliau mampu membina tamadun manusia yang begitu pantas "berevolusi di muka bumi", percayakah kita manusia sehebat nabi Adam a.s ini hanya melukis gambar di gua? hanya memakai cawat dari daun untuk menutup apa yang perlu SEPANJANG HIDUPNYA DI MUKA BUMI INI?? Dunia barat dengan sewenangnya mengatakan kita dari haiwan, hanya orang yang malas berfikir sahaja akan mempercayainya. Jadi,SkY yakin para pembaca adalah berlainan kan? jika tidak, anda sudah berhenti membaca entri yang panjang berjela ini dari awal lagi =_=.


       Jadi, dengan penjelasan diatas, ia dapat memudahkan kita untuk membayangkan keadaan sebaliknya yang berlaku pada zaman tersebut! Sekarang, dengan jujur, kita semua tutupkan mata, berhenti sebentar melakukan apa saja yang kita lakukan sekarang ini, hanya seminit, cuba bayangkan kehidupan masa lalu sebelum banjir besar berlaku di zaman nabi Nuh a.s. Kehidupan yang begitu canggih dengan kereta - kereta mewah serta kota  yang bercahaya serta pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara! Setiap rumah mempunyai komputer yang canggih dengan kemudahan internet seperti yang anda punyai sekarang ini! Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar berlaku? TIDAK SAMA SEKALI!. Nabi Nuh a.s sebagai insan yang terpilih, diberi ilmu pengetahuan yang tinggi sebagai seorang nabi, arkitek yang hebat malah sebagai seorang pakar sains zoologi yang menakjubkan!. Nabi Nuh a.s terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan - haiwan yang berpasangan serta spesis tumbuh - tumbuhan yang terpilih dalam jumlah yang amat terhad! (perkara ini juga sudah dinyatakan dengan jelas didalam Alquran). Ini penting kerana apa yang dipilih oleh nabi Nuh itulah yang wujud (terus berevolusi) hingga zaman sekarang ini. 


        Pernahkan kita terfikir Nabi Nuh a.s dengan pengikutnya yang tidak sampai pun 100 orang (ingat fakta ini, pengikut baginda cuma orang yang miskin, lemah dan melarat sahaja) mampu membina sebuah kapal yang begitu besar? Tambahan pula dalam jangka masa yang begitu terhad (ada pendapat mengatakan hanya beberapa minggu sahaja). Ini begitu memeningkan para pengkaji barat sehingga mereka menuduh Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing! padahal didalam filem 2012, dengan bangganya mereka menayangkan kemampuan dan imaginasi mereka untuk membina beberapa buah kapal yang begitu canggih! (atau mereka sebenarnya cuba untuk menyampaikan kepada kita hint yang sebenarnya?? Wallahualam). Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh a.s jika kita membayangkan kemajuan manusia pada waktu itu adalah begitu maju, sekurang -kurangnya setaraf kita sekarang. 


        Masih tidak percaya? atau ini cuma info lawak? :-D. Meh sama - sama kita melihat dari segi logik atau tidak, kita ambil jangka masa paling mudah yang diguna pakai manusia zaman sekarang iaitu kalendar masihi. (kalendar ini bermula sejak tahun kelahiran nabi Isa a.s bermula 1 Masihi hingga 2011 Masihi!). Bezakan kemajuan manusia zaman sekarang dengan manusia yang hidup dizaman nabi Isa 2011 tahun yang dulu? Kita masih memakai cawat pergi ke sekolah ke? Tidak bukan?. Adakah kita masih menunggang kuda untuk pergi kerja ke? Sudah tentu tidak!. Sekarang bandingkan pula jangka masa turunnya manusia pertama ke muka bumi hingga ke peristiwa banjir besar di zaman nabi Nuh a.s. Katakanlah 2000 tahun, (Ini adalah anggaran yang paling minimum kerana jangka masa tersebut boleh mencecah beribu - ribu tahun! Usia Nabi Nuh sendiri mencecah ratusan tahun). Maka logik atau tidak jika kemajuan manusia pada zaman nabi Nuh sudah maju dan canggih! Jika kita berfikir begini, kita tidak akan terkejut dengan penemuan aneh seperti penemuan kesan peperangan nuklear di Mohenjo -Daro dan Hareppa. Kisah keajaiban kerajaan Atlantis, Rama atau Lemuria yang mempunyai pesawat terbang seperti UFO! Mungkin ada yang akan berasa lucu kan? Tidak mengapa kerana kita sekian lama telah didedahkan dengan teori karut manusia kuno itu. Sebenarnya tidak lucu jika berdasarkan bukti - bukti yang dijumpai di serata dunia seperti lukisan misteri di kuil Firaun (gambar kabel bawah tanah serta filamen elektrik!). Penemuan bateri purba dan cakera padat Dropa di China dan yang paling mengejutkan penemuan loji nuklear yang berusia 2 juta tahun di Afrika! 


     Tetapi adakah kemajuan yang begitu canggih ini dapat menyelamatkan mereka apabila ditimpa bala bencana? Semua itu musnah sama sekali, tenggelam bersama orang - orang musyrik yang mengingkari perintah ALLAH sehingga sanggup mempermainkan dakwah utusanNYA. Manusia ketika itu terlalu alpa dan asyik dengan kemajuan material dan kecanggihan teknologi. Tidak hairan jika pesta yang bercampur lelaki dan wanita begitu berleluasa (pesta seks, mandi buih dan sebagainya), konsert - konsert muzik yang begitu gah dan mengkhayalkan sehinggakan dakwah Nabi Nuh yang cuba disampaikan sering diketepikan walaupun sering terpapar di media - media antarabangsa. Sama sahaja seperti apa yang berlaku hari ini! Betul atau tidak? =_=. Adakah banjir besar ini melibatkan seluruh dunia atau hanya sesetengah kawasan sahaja? Persoalan ini sering ditanyakan, Jika mahukan penjelasan lanjut boleh klik di SINI. SkY sependapat dengan penulis ini kerana memang terdapat bukti banjir besar itu berlaku di tanah mesopotamia (Wallahualam). 

        Setelah banjir besar, para pengikut nabi Nuh ini bertebaran di muka bumi sehelai sepinggang, setelah kehidupan mereka di zaman moden hancur lebur musnah ditelan air yang menggila. Mereka kembali melakukan kerja - kerja bercucuk tanam, memburu binatang dan lain - lain seperti zaman paleotik. Adakah mustahil untuk mereka ini menceritakan sejarah manusia ini kepada anak cucu mereka? Sudah tentunya anak cucu mereka yang tidak pernah merasai apa itu kereta, apa itu lampu, apa itu kapal terbang akan tercengang  seperti ini?


      Sudah tentu cerita-ceriti  ini di luar batasan akal mereka sedangkan pada waktu itu mereka kembali menganyam daun - daun untuk membuat pakaian! Maka timbullah segala macam mitos tentang cerita ini, dan ada yang keterlaluan, berangan - angan tentang kehidupan dulu adalah bagaikan kehidupan para dewa!. Tidak ada yang mustahil jika cerita-ceriti inilah yang ditulis didalam kitab - kitab hindu seperti kitab Hindu Mahabrata, Veda dan Ramayana. Malah ada pengkaji yang merumuskan Dewa-dewi yang diambil orang Hindu adalah berasal dari anak - anak raja Lemuria, Atlantis atau Rama yang terkubur di dasar lautan. Kebanyakan dewa - dewi termasyur adalah segak-segak belaka seperti raja-raja purba! Oklah, apa difikiran kita semua jika, kita sendiri berada di situasi mereka, tatkala kita sedang menganyam rumbia di GUA NIAH, tiba-tiba turun seorang lelaki kacak seperti Brad Pitt dari sebuah helikopter sambil memegang telefon bimbit! Sudah tentu lelaki tampan itu akan dianggap sebagai orang yang terhormat! atau dalam kata lainnya DEWA. Sama sahaja seperti kita, cucu cicit Nabi Nuh a.s sudah tentu akan menceritakan hal ini kepada generasi seterusnya, kisah keajaiban nenek moyang mereka menaiki pesawat, melayari internet untuk update blog (ada ke waktu tu? walhhualam), memandu kereta mewah seperti Mercedes dan Ferrari! Fikirkan sejenak..tidak rugi kita meletihkan sedikit otak kita yang hampir 70 peratus tidak digunakan ni, untuk mengenal dan merungkai sejarah manusia yang semakin dipesongkan dan di"kelamkan" oleh tangan -tangan durjana organisasi tertentu dunia barat.

ILMU TANPA AMAL SANGAT BAHAYA
       Pelbagai pendapat tentang banjir besar Nabi Nuh a.s boleh dicari dalam bermacam versi, samaada buku, blog, atau laman web. Ada yang sedikit melalut, semua itu tidak menjadi masalah asalkan tidak lari dari dua sumber utama iaitu ALQURAN dan Hadis. Jadi berhati - hati ketika membaca ye. Ini kerana, kita tidak berada sendiri di zaman tersebut, jadi sudah tentu dari satu zaman ke satu zaman yang lain, bermacam - macam rencah dan cili ditambah (fahamkan?) , tetapi apa yang penting kita mesti mengambil iktibar dengan peristiwa tersebut. Sejarah boleh menjadi sumber rahsia utama sesuatu bangsa! Sampai bila kita hendak bergantung kepada sejarah yang diputar belitkan oleh barat? Didalam entri ini ada diselitkan beberapa link untuk bukti dalil - dalil Al-Quran dan artikel lain sebagai sokongan. Ini dilakukan untuk memendekkan entri ni..=_=. Jadi, jika ada pandangan lain atau khilaf boleh berbincang sama - sama ye. SkY juga seperti korang, Masih belajar dan belajar dan sudah tentunya setiap pendapat tidak akan betul seratus peratus :-). Korang ada komen? pertanyaan atau pendapat? Luahkan saja ye....Salam dari tuan pondok

Great minds discus idea
Middle minds discuss events
AND SMALL MINDS DISCUSS PEOPLE.


Kenali Mr. TN SkY :
Mr.TN_SkY juga adalah penulis untuk blog 100 Penulis. Birdies boleh mengikuti SkY di Twitter atau di Facebook. Jika birdies mempunyai soalan, boleh like fanpage pondok kecil, Pondok Kecil Crew.

55 Kawan suka cOnteng!:

Enh Ear said... [Reply to comment]

menarik entry ni.. tak salah nak merungkai kan... sebab allah suruh kita mengkaji dan berfikir.

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

Hee...yup2..thanks ya sudi membaca hingga habes :-)

Unknown said... [Reply to comment]

menarik.....tp aku pun ada pikir , takkan beribu tahun hidup hanya memakai cawat saja , takkan tak dapat cipta apa2 ... herm...

Encik MamaT said... [Reply to comment]

aku penah baca ni..hehe.. thanks bro...

lavender harum wangi said... [Reply to comment]

wohoo~ first time baca kisah ceni dari sudut pandangan Islam.. Kurang berminat sgt dgn sejarah, tapi berjaya jugak baca entri ni sampai habis.. Menarik! :D

Unknown said... [Reply to comment]

nice entry...

gud job...

ayulunera said... [Reply to comment]

bagus..bgus...suke bace entri cenggini...
knowledge kene ade...gud...gud...

anamizu said... [Reply to comment]

wahh terime kaseh sharing ^^

recent post : |curriculum vitae atau resume???|

Unknown said... [Reply to comment]

Sgt panjg tp gigih habiskan baca sblum pergi mencekik...

Sy pun dah taw sarjana barat awal2 menipu kata manusia dari org hutan...

Unknown said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@ Kodet = erm..betul tuh..dari berfikir kita akn cuba mencari jwpn..cuma limit untuk berfikir manusia memang terhad..kena berpandukan alquran dan hadis..insyaALLAH :-)

@ mamat = Kompom penah baca geng. Anda kan rajin mengkaji :-) hehe

@ Lavender = hehe...thanks kerna sudi baca :-) yekew? xpe..xperlu miant..cuma ambil tahu je ok? hehe :-)

@ Wanie = thanks ya =_=

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@ ayulunera = eh? yekew? hehe..jarang girl suke baca entri panjg2 lolx..:-) thanks sudi bce smpi tamat hee..

@ anamizu = ur welcome :-) u too thanks ssbb sudi baca =_=

@ Shaheila = hehe..tq2 sbb mmbaca..dan hrp2 berbaloi lah ye..sbb panjang sgt..hee =_=

Illiana Hidayah said... [Reply to comment]

nice! tq ya 4 sharing :)

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

yup..ur welcome..thanks to u too coz sudi mengkhatamkannya hehe:p

Kodet said... [Reply to comment]

apa komen tuan blog ini mengenai vidao akhir zaman ?

papabear said... [Reply to comment]

banyak petunjuk yg ditinggalkan oleh orang dulu2 dan dalam Al-Quran cuma kita yg tidak dapat memahami sepenuhnya... secara logiknya, manusia bukan dari monyet dan tamadun dulu2 dan teknologinya memang pernah ada sebelum datang hukuman Allah swt... itu pandangan saya...

Atika Natasha said... [Reply to comment]

very nice sharing!

Sarah Abadan said... [Reply to comment]

sky!! thanx..kite suke sgt entri awk ni! :D

pada fikiran saye, malaysia amek sistem pmbelajaran mcm kat british sikit since dulu pernah kene jajah dgn british...so it's possible kite amek tros fakta sejarah dari sana, dan diajar di sekolah smpai skrg ni...

pastu lagi kan, org dok sebok kaji mcm mane org dulu boleh bina mcm tembok besar china, pyramid tu... then sbb dah pening dgn teori sendiri, mereka declare tu semua as 7 keajaiban dunia...diorang x pikir ke orang dulu2 tu semua bijak2 ok...haha

btol la kan, sedangkan antara tahun 2011 dengan tahun 1991 dah wujud perbezaan kemajuan yg amat sangat.. apa lagi jarak masa dengan zaman nabi2 kita...oh takkan la mereka x create papepon kot kan...

oh bintang yg straight 3 tu namanya orion ke? i c...now i know..haha saya suke tengok bintang tu...subhanallah~

haha panjangnye kite comment...haha XD

~WaNniE~ said... [Reply to comment]

wannie setuju dengan kata-kata sarah abadah.... :)

Unknown said... [Reply to comment]

wow.. dasyat giler entry ko.. menarik beb.. aku suke.. :D

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@ Kodet = komen SkY mengenai video akhir zaman? video yang mana ye? the arrivals? Gog and Magog? Phase 3? atau video lain banyak video2 macamni...yang mane stu ye? if u want a general opinion, for me, ada sesetengah video yang kita kena lihat dan recheck balik sumber2nya dan apa tujuan sebenar mereka. Salah stu tips, if the owner of video benar2 jujur, xde konspirasi atau agenda tertentu..diorang surely akan appreciate their readers dengan ucapan thanks/sertakan link kajian dlm video tu dan menonjolkan wajah sebenar mereka. Tidak perlu berahsia jika segalanya benar. Jika ada info yang salah pun,means diorang sedia menerima pendapat dan kritikan sebab kajian dan teori tidak semestinya tepat..Ilmu manusia itu hanya setitik air di lautan..:-) itu adalah video yang baik...=_=

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@ papa bear = ya..saya setuju, manusia adalah makhluk yang diberi akal, tiada beza akal kita dengan akal manusia teradahulu rite? jika kita mampu,kenapa mereka tidak mampu? :-). Al -quran bukan sekadar dibaca tapi patut difahami oleh pengkaji yang betul2 mahukan kajian mereka di dalam landasan yang betul..=_=

@ Atika = thanks..thanks to u too coz sudi membaca =_=

@ Sarah = Ur welcome :-), really? glad to hear <---risau entri2 macam nie tak ada yang berminat membaca..huhu...em..psl sistem pembelajaran tuh, ada betulnya, maybe de perubahan sikit sejak kita merdeka..since science & matekmatik kita bole develop sistem pembelajaran sndiri, y not history subject tak bole? atau..kita tidak yakin dengan kemampuan pakar sejarah yang sedia ada? =_=

aha..about the 7 monumen tuh..maybe? sebab kalau nak cerita panjang..lau ade mse nnti SkY crita dlm stu entri khas ya? :-)

Aa..yup. ada pendapat ulamak mngatakan, buruj orion adalah ptnujuk arah kiblat di baitul makmur (langit) manakala piramid adalah di bumi..wallahualam...
thats gud..u give a really well comment :-)

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@ wannie = me too =_=

@ Syafiq = eh? sama nama la hehe..thanks ya? and thank to u too.kerna sudi membaca..heee

fikirlah said... [Reply to comment]

kerja yang bagus..sky teruskan membaca dan menulis..

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

=_= thanks bro..

woot-woot said... [Reply to comment]

woah hebat hebat xD


melukis komik itu haram ?!##
perokok pon nak bela palestin ?!erk##
hina seorang pendosa,boleh ke?##
sape kata kt malaysia takde penguin?ade lah !

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

=_=..thanks..bese2 je woot woot..huhu

Aleen Aiden said... [Reply to comment]

dulu mase stpm kitorang kene study beriya jugak pasal teori darwin nih.hu3

Sarah Abadan said... [Reply to comment]

saya rasa, entri yg mcm ni la lagi ramai orang nak baca...ala2 misteri gitu kan...kehkekeh...
neway thanx sbb masokkan blog kite kt bloglist kamu...eh actually saye pon letak blog sky kt blog list saye jugak...haha lupe nk bgtw

Browacana said... [Reply to comment]

Sumber dari mistisfile....memang banyak misteri dirungkai...:) Suke bace dari situ gak.... Satu lagi..piramid tu teknologi orang purba Melayu kan? hehehe

Muhammad Syam Kushaini said... [Reply to comment]

yup,dah memang dah agak dah...
itu sebab dalam tulisan mesir purba ada gambar seperti mikroskop,helikopter,dan lain lain lagi...aneh..
tak lupa juga,kalau kerajaan Abbasiyyah tak jatuh,dunia akan lebih maju dari sekarang

Anonymous said... [Reply to comment]

mantap bro!
dulu aku pernah gak terfikir dari mana penemuan2 yang maju pada zaman dahulu..tapi hasil pmbacaan terhenti..haha ni baru aku jumpa balik...aku mmg suka artikel cm ni..baru ad pncambahan minda, kalau tak kita asyik fikir bawah tempurung aje..betul ke tak itu tak kisah..yg pnting bukti dan pndangan..
-Alienelliz-

http://hatibatu.com/blog/

Solihin Zubir said... [Reply to comment]

haha.. makaseh follow aku..
jumpa kat sini plak nowh..
mesti knai punya..
1 maahad.. :D

.:: dieylah :: said... [Reply to comment]

penerangn yg baek sekali... ^^

Encik MamaT said... [Reply to comment]

banyak komen entry ni.. hehe.. mantap...

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@ Aleen = aa..wktu STPM memang sejarah lagi susah kan? ade member SkY yg amek STPM ksi taw..hehe

@ Sarah = yekew? hehe..SkY ingatkan entri panjang2 nie..orang mls nk baca :-p..ooo...xsdr lak..hee..thanks ya? =_=

@ Pembawa Wacana = aa banyak sumber dari situ..tapi in my entry, SkY combine jugak dri sumber yg lain :-) sebab ade jugak bebrapa pernyataan dri MO yg SkY xsetuju..=_=..tpi mostly sependapat lah..hehe..+ SkY olah balik sume ayat2 yg susah..dalam ayat SkY sendiri...huhu..itu yg penat tuu

@ Syam = aaa..betul tuu..tapi ada juga pendapat sebelum nabi adam, ada manusia lain selain kita, tapi telah di azab oleh ALLAH...bagaimana? need research and banyakkan bertanya dari guru2:-) apa pun, bagi SKY nabi adam adalah manusia yg pertama, brdrkan knytaan jelas dri al -quran...wallahualam

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@ Allienelliz = hee..thanks jugak sebab sudi baca entri yg biasa2 je ni.huhu..baynyak lagi yg dlm kepala nie..kena kaji dn brtnya lagi..huhuu..neway congrats dah bertukar ke domain baru~

@ Solihin = hahha...ingat kan xkenai da~ :p lamae xdgq cita bro?

@ Dieylah = thanks..and thanks to u too coz sudi baca..:-)

@ Encik Mamat = lOlx..besa2 je..entri santai je kan? =_=..xde yg mantapnya..

hanaahmad said... [Reply to comment]

nice info bro. :)

Sham said... [Reply to comment]

salam kenal...

begitulah kekuasaan Allah yang Maha Besar...

i folow u...

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@ hana = =_=..thanks hana..thanks jugak pada kamu.sudi membaca...

@ Sham = salam kenal too..yaa.ALLAH MAHA PERANCANG SEGALA...thanks..i folo u back:-)

Hairun Azmi said... [Reply to comment]

Subhanallah....

Hutang AS meningkat kepada RM43.76 trilion

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

=_=

.:: dieylah :: said... [Reply to comment]

sama2...ilmu harus dikongsi..
sharing is caring..ek...hehe ^^

Asfan Ash said... [Reply to comment]

nice jela yg aku bole kate

siMpLY nana said... [Reply to comment]

teme kasih share info yg sangat berguna dan cuba menerangkan dengan bahasa yg cukup mudah..keep it up bro...

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@.:: dieylah ::

hee..btul3..setuju dgn ur statement..:-)

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@ARC™

haa..thanks =_=...xde la bro..bese2 je...sekadar berkongsi pndpat dan sama2 mncari ilmu kan? :-)

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@simply nana

Thanks kak nana..sudi drop by..dn beri komen lgi..:-) aa..SkY xnak readers pening2 kepala nk translate ayt2 hisotorical + sains2 sgt..jadi entri2 mcm nie..memang amek mse lama sblum SkY release stu2..byk sumber n kajian SkY kena recheck blik..huu..thanks taw kak

TimMie said... [Reply to comment]

interesting discussion. tq~ :)

remaja dan anak-anak kecil skrg perlu didedahkan dgn info2 macamni supaya mereka tak mudah tertipu dn agenda kaum musyrik yg semakin menjadi2 di dunia akhir zaman ni.

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@TiMmiE

Ur welcome..:-) betul tuh, kita sudah diakhir zaman..tapi jiwa dan minda kita seaakan tersekat..sekali sekala berfikir di luar kotak juga perlu =_=..

Diane said... [Reply to comment]

MasyaAllah..entry dan info yg sgt baik..shukran ya akhi..blog ini sgt menarik..salam..:)

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@Diana
thanks...aa..hanya sharing..kalau nak sebarkan..taffadal masykuuro =_=

sArAh said... [Reply to comment]

Mr. TN Sky ni rajin ek cari info2 ilmiah camni.. nice entry.. bleh wat kite sume fikir balik ape yg jd dulu2 n jgn sampai lalai sgt dgn zaman skrg ni.. keep up ur good work.. :)

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@sArAh

em..dulu suke mngkaji dan simpan info2 camnie :-) skrg xbrkesemptan lagi..=_=..aa..SkY cuba tuk do it with more serious now..=_=..thanks ya?

Iqram Mianji said... [Reply to comment]

Ok, sy ade soalan, mungkin silly tp just wondering.. about dinosour, adakah mereka masih wujud dizaman nabi Nuh? dan bile bnjir besar uh, spesis mereka pupus? atau ade yg masih survive hingga kini? ahli2 teori evolusi mngatakan bahawa dinosour dh pupus juta2 bilion2 tahun dahulu dan x mungkin masih hidup walau dizaman nabi Nuh.. byk juga nk tnya ni tp ni sajalah dulu, just curious, sy tgh cari kewujudan dinosour dizaman ni, bkn juta2 tahun dahulu. thanx :)