Birdies Meh Dengaq Sini, Cek Nak Habaq Mai :-D..Eh.SHOUTBOX Kat Bawah k ♥

pOndOk KeciL adalah tempat SKY menulis apa jua yg terlintas di kepala atau berkongsi info dengan birdies. Ini adalah penulisan SKY sendiri dan "diubah" mengikut pemahaman SKY sendiri. Jika ada info yang SKY ambil tanpa mengubah apa - apa dan mendapat izin dari pemilik, kredit akan diberikan kepadanya. Ruangan komen di pOndOk KeciL adalah "dofollow" jadi rajinkan diri untuk memberi komen cili @ strawberi kepada penulis! =.=". Terima kasih jengah ke pOndOk KeciL. -Send me One Million FREE Guaranteed Visitors -
Showing posts with label ReliGiON. Show all posts
Showing posts with label ReliGiON. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

♥ Fakta: 9 Sebab Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang Salah ♥

Salam subuh..:-)



          Hari ni, SkY tak menulis entri yang berat kerana kesuntukan masa. Sebenarnya tengah kelam kabut nak selesaikan kerja sebelum pulang ke KL esok.=_=. Jadi, SkY buat entri yang ringan sedikit. Mungkin ada yang sudah tahu kan? seingat SkY, SkY jumpa di facebook pesanan ni :-). Tak apa, untuk peringatan sekali lagi.. Sekadar untuk membuat yang sedih kembali tersenyum, dan yang sedang berbahagia tuu moga hingga ke anak cucu! =_=. Mari kita ketahui beberapa sebab kenapa sesuatu hubungan itu gagal! Ya, memang ada faktor yang disebabkan kedua - dua pasangan itu sendiri, tetapi "main factor" adalah YANG MAHA PENGATUR, yang mana jodoh kita sudah ditentukan sejak azali. Kepada yang sedih kerana cinta, gembirakan diri anda ye.


           Cintailah ALLAH dengan sepenuh hati, maka ALLAH akan memberi yang terbaik sesuai dengan cinta anda kepadaNYA..insyaALLAH (SKY juga kena ingat nih! =_=). Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

Monday, December 20, 2010

Rahsia Sejarah ISLAM dirungkai melalui lirik lagu =_=!

Assalamulaikum..

          Hee..tajuk nak sedap je kan? hehe..pape pun, malam ni aku nak share satu lagu yang cukup popular dulu bukan setakat disekolah aku, malah aku rasa mungkin semua sekolah agama di Malaysia pernah dengar lagu ni. Diberi tajuk Persada Perjuangan dan dinyanyikan oleh kumpulan Zulfan ( satu kumpulan nasyid yang lahir dari Maahad Mahmud,sekolah yang banyak mengajar aku erti kehidupan sekarang) =_=

        Bukan saje - saje nak share taw..cume bile aku terjumpa balik lagu ni di youtube, teringat betapa sedapnya lirik ni...betul - betul membuatkan aku pun rasa nak menyanyikannya sekali! ahaha...terima kasih kepada suara gemersik bro Fakhrul Radzi dan rakan - rakan ( mentor nasyid aku dulu la...dulu je la waktu sekolah..sekarang aku ni kalau menyanyi conform banjir dikulim ni ahaha). Ha..korang kenal tak beliau nie? salah seorang dari juara akademi alquran yang ditayangkan di TV 9..hehe..maju dah beliau sekarang..moga berjaya didalam hidup ye abang Fakrul Radzi.

     Ini linknya kalau kawan - kawan semua nak try mendengarnya..cubalah!..aku galakkan korang mendengar..seriously sedap..=_= (bukan promote ye..tak dapat ape pun promote..cuma cuba hayati liriknya sambil mengenang apa beza ISLAM sekarang dan dulu?) itu sahaja..:) Mari sama - sama kita dengar..

Saturday, December 11, 2010

Aneh dan Pelik: Mari kita fikir nilai hidup kita! adakah kita tahu bersyukur?


Assalamualaikum..
             Idea untuk menulis artikel ini timbul bila aku tgh menyusun fail kt pc nie..ttbe trjumpe dlm stu fOlder yg lme ak smpn...sbgai pgjrn..dn rsnya xslh tuk aku share kn? sbagai peringtan untuk kita bersama...


             Mari kita sama berfikir sejenak..pernahkah kita merungut lapar sepanjang hidup kita ini? Pernahkah kita mmbzir mknn yg kita dpt tidak kira smaada dibli atau dimsak? Cuba bygkn..selesa kah hidup kita jika tidak mempunyai air untuk diminum atau membuat kerja hrian? Berapa kali sehari kita mngucapkan syukur kepada ALLAH? sedangkan kadang kala,sOlat juga kita lalai begitu saja...

Monday, December 14, 2009

Rahsia Keajaiban Islam: Mengapa Kita Sujud? iNi dia hujahnyer..:-)

Hikmah sujud antara lain ialah :
a.) Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
b.) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :
a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band
womb)
c) Melegakan sakit hernia.
d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )
f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
g) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan
bahagian belakang tubuh.
h) Meringankan bahagian PELVIS.
i) Memberi dorongan untuk mudah tidur
j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud
dan bangun darinya.
k) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara
otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood
circulation).
l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
m) Mengurangkan kegemukkan (obesity).
n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang
perut(convulsions).
o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
p) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima tekanan darah
ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit
seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTEIOSECLEROSIS OF
CEREBRUM.

Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri dihadapan Pencipta, sifat
sombong, riak, takabur dapat dikikiskan. Wallahualam.


ha...SUBHANALLAH..byk btul kelebihan semayang:-) em..btOl la ape yg ak blja kt skOla dulu..Otak manusia nih ade stu urat yg darah hanya sampai bile kite btul2 sjud dgn smpurna(means kena ngn "degree" n keteptan sujud yg btul cmtuh la)..lau smyg ekpress pOn xdpt ape jgk hehehe..:-p...
p/s kdg2 owg yg brckp nih pOn 2*5 jgk...sme2 la kite sling meingtkan between each Other ye..hukhuk...terasa2 sudah..

Berapa Harga Isteri Anda..???

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan.. jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh
pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak..
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala ..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak..ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada
kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
>From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.


"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di
sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha
illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia!
Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

ha..buat kaum pOmpuan yg suke kOmplen psl nih shja taw..xpyh mrgut psl xadil la ape la islam nie Ok..Brmcm2 kelebihn yg ALLAH kurniakan..dan DIA sgt adil pada hamba2nya...Ok:-)..This is only just a little "anugerah" yg ALLAH kurniakn untuk wanita..msih byk lgi yg kelebihan2 yg lain..Untuk lelaki nnti ak crik ye..:-p

Wednesday, November 4, 2009

KEBAHAGIAN SEORANG SUAMI

"Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada lain yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

p/s what dO ur think oF the StoRY abOve? For Me..iTs trUly harD tO sAtisFied Other Ppl eVen ur Wife..rite? hUrm..The HUsBAnd IN thiS stOry is reALly KinD tO say sOmthiNG lIke thaT:-) anD For tHe wIFe,She is A TrulY awEsOMe wOMan WhO cAN make HIs MaN FeeL lIke tHAT <----mmpukah sy menjAdi sprti Ini? >_< BerFiKir SejenAK~