Birdies Meh Dengaq Sini, Cek Nak Habaq Mai :-D..Eh.SHOUTBOX Kat Bawah k ♥

pOndOk KeciL adalah tempat SKY menulis apa jua yg terlintas di kepala atau berkongsi info dengan birdies. Ini adalah penulisan SKY sendiri dan "diubah" mengikut pemahaman SKY sendiri. Jika ada info yang SKY ambil tanpa mengubah apa - apa dan mendapat izin dari pemilik, kredit akan diberikan kepadanya. Ruangan komen di pOndOk KeciL adalah "dofollow" jadi rajinkan diri untuk memberi komen cili @ strawberi kepada penulis! =.=". Terima kasih jengah ke pOndOk KeciL. -Send me One Million FREE Guaranteed Visitors -

Tuesday, December 14, 2010

Home » » Sains menurut Islam: Merentasi Dimensi,dari segi kajian sains (secara umum dan ringkasan) PART 1

Sains menurut Islam: Merentasi Dimensi,dari segi kajian sains (secara umum dan ringkasan) PART 1

         Assalamulaikum..
              Ok..oleh kerana saya telah bercuti dua hari, jadik saya tulis juga 2 entri sebagai ganti ya :)...entri ini mungkin agak berat untuk sesetengah pembaca, kerana ia mengajak kita untuk berfkir dengan sedalam - dalamnya dari segi sains,teOri dan analitikal. Saya tegaskan disini, bahawa ini adalah pendapat umum saya tentang isu ini setelah membaca dan mengkaji beberapa artikel dan kajian yang dijalankan. Jadi ini tidak semestinya tepat dengan ilmu yang secetek ini,malah saya galakkan kawan - kawan semua memberi pendapat supaya kita semua dapat berkOngsi sebarang pendapat dan mungkin dapat mencapai satu pandangan yang bernas..munkinkah? semua itu tidak mustahil kan? Namun apa yang pasti, bagi seOrang muslim,tiada yang sebenar - benarnya melainkan al-Quran dan Hadis sahaja.





Apa yang ditulis disini sekadar berkongsi maklumat dan pengetahuan am.


"berbalam - balam
pada halaju yang tidak bisa ku kejari dia
pada frekuensi yang tidak tercapai maksud cinta"


TERLALU BANYAK JUMLAH BINTANG DI LANGIT..SUBHANALLAH! 
          Ok2..Mari kita gunakan bahasa yang paling mudah difahami,sebab saya pun pening kalau banyak sangat istilah2 yang jarang didengar, diguna pakai apabila ditulis.=_=  Apakah kelajuan cahaya? adakah mungkin untuk melalui suatu ruang yang sangat luas (cOntOhnya dari bintang ke bintang) tanpa memiliki kelajuan cahaya? Bagaimanakah untuk melalui sesuatu jarak di antara 2 titik berukuran jutaan kilometer yang diukur dengan menggunakan "kelajuan cahaya" untuk dikira dalam bentuk tahun cahaya!

         Sekarang cuba kita bayangkan, bahawa kelajuan cahaya adalah 186000 batu sesaat, yang mana ditukarkan secara kasarnya kepada 669 juta batu sejam. Sebagai perbandingan, PrOxima Centauri iaitu sistem bintang yang paling terdekat dengan kita akan mengambil masa 4 tahun cahaya untuk mencapainya jika kita melakukan perjalanan dengan kelajuan cahaya, yang mana sebenarnya kita tidaklah mampu. Sebagai cOntoh,satu dari prOb PiOneer telah meninggalkan sistem sOlar kita dan menuju ke arah PrOxima Centauri dan tidak akan dapat berada di sana sehingga selepas tahun 28000 Masihi! Jadi anda sudah faham kan? Inilah dia tOpik yang ingin dibincangkan di dalam entri ini. 

MAMPUKAH KITA MERENTASINYA?
       Jadi sehingga sekarang, ketika manusia telah menguji keperluan untuk mengembara di dalam jarak sebegini, mereka perlu menimbangkan masalah-masalah yang timbul apabila membuat perjalanan dalam kelajuan mendekati kelajuan cahaya. Masalah-masalah itu seperti tenaga penggerak, sistem pemanduan, bahan api dan apa saja yang kita bOleh bayangkan yang akan memberi kesan kepada kenderaan hatta kepada diri kita apabila memecut di dalam kelajuan cahaya dan membelah ruang masa, ini termasuklah 'pembesaran masa', peningkatan jisim, panjang penyusutan dan seluruh perubahan yang lain, ini jelas membuktikan untuk melakukan perjalanan seperti ini memerlukan satu teknOlOgi yang teramat canggih dimana manusia hari ini belum lagi dapat mencapainya dan diluar kemampuan manusia pada hari ini. Hakikatnya tiada apa yang dapat dilakukan jika kita mampu, sekalipun, mengembara sepantas cahaya.

ILUSI ATAU PROPAGANDA?
          Kawan - kawan pernah dengar stargate yang digembar gemburkan suatu ketika dulu? kamu yakin ianya wujud? Ya atau tidak? itu pilihan jawapan kamu...kerana ianya bergantung kepada tahap pemahaman kita sendiri dalam hal ini. Sebenarnya kajian tentang hal merentasi masa atau dimensi ini telah lama dijalankan semenjak teOri Albert Enstein tentang kelajuan cahaya diperkenalkan.Para saintis berlumba - lumba melakukan kajian ini, sehingga kan ada beberapa negara sanggup melakukan "the secret lab" iaitu makmal kajian rahsia untuk melaksanakan misi ini! Kenapa? sudah tentu banyak kelebihan yang akan diperolehi oleh sesuatu bangsa jika memiliki teknologi terhebat ini..ah! itulah manusia,sudah diberi betis hendakkan paha pula..huhu..

          Ok..mari kita fahamkan dengan lebih mendalam lagi tentang ASAS kajian ini, ingat! ini dari segi sains ya. Kenapa saya katakan asas? Ini kerana untuk menceritakan secara spesifik cOntOhnya bagaimana kajian dilakukan, apa kOmpOnen yang digunakan, sifat dan jenis graviti, sintesis element berat, "pulau kestabilan" didalam jadual berkala dan 1001 macam lagi perkara perlu dikaji dan sudah tentu ini memerlukan satu buku khas untuk menulisnya dan memerlukan tenaga yang ramai! tambahan pula dengan pengetahuan saya yang sangat sedikit ini, sejujurnya masih banyak lagi yang perlu dipelajari sehingga benar - benar mampu untuk menghuraikan satu persatu masalah ini. =_=  aduh..melalut plak..Ok..kembali ke tOpik asal..

JAUH TAK?
          Kita tahu yang jarak terdekat di antara dua titik adalah garis lurus, jadi di dalam dunia kita ini bOlehlah kita menganggap cara yang paling pantas untuk pergi dari titik A ke titik B adalah dengan berjalan sepantas cahaya dalam garisan lurus di antara dua titik itu. Jika jarak titik A ke titik B adalah dari Bumi ke matahari, mungkin kita bOleh sampai ke matahari dalam beberapa saat sahaja apatah lagi jika kita mahu balik kampung dari Kuala Lumpur ke Tapah; sebagai cOntOh ya. Tetapi bayangkan jika jarak A dan B tadi adalah sejauh Bumi ke galaksi lain yang mengambil jarak berdekaliOn kilOmeter!Inilah masalah yang ditimbulkan di atas tadi. Jadi bagaimana? Mustahil? Sebenarnya, terdapat satu cara lain dimana kita dapat pergi diantara kedua titik itu, malah lebih pantas lagi!

         Apabila kita berdepan dengan ruang masa dan kita memiliki kemampuan untuk menjana medan graviti yang kuat, cara yang terpantas untuk pergi dari titik A ke titik B ialah dengan membengkOk atau melengkungkan seterusnya memampatkan ruang masa antara kedua titik tadi (membawa kedua titik tadi lebih dekat bersama). TeOrinya, lebih kuat medan graviti yang kita jana, lebih besar pembengkOkan dan pemampatan ruang masa seterusnya lebih dekat pula jarak kedua-dua titik itu!  Banyak di antara kita memikirkan ruang masa adalah kOsOng ataupun tidak mengandungi apa-apa material tetapi ingat, teknOlogi hari ini membOlehkan kita mulai sedar tentang komponen dan sifat-sifat yang ujud di dalam atmosfera kita.

CONTOH GELOMBANG GRAVITI
       Sesungguhnya, ruang masa adalah satu entiti di mana satu daripada sifatnya ialah ia dapat dibengkOk atau dilengkungkan oleh medan graviti!  Kita tahu yang graviti membengkOk/melengkungkan ruang dan cahaya berdasarkan fakta yang kita mampu untuk melihat bintang-bintang yang mana kita tahu ia dihalang dari pandangan kita oleh saiz matahari. Kita menggunakan radiO dan teleskOp Optikal untuk memetakan bintang-bintang dan objek - objek langit yang lain ketika bumi mengOrbit mengelilingi matahari, jadi kita tahu dimana objek -objek langit ini berada. Salah satu lagi cOntOh ialah kaedah pengukuran masa (perbezaan minit) diantara tempat tinggi dan rendah (altitud). Kita ambil puncak gunung kinabalu dan kawasan tanah rendah sekitarnya sebagai tapak dan apabila kita membandingkan kedua-duanya, ia menunjukkan masa-masa yang berbeza!Perbezaan dalam bacaan masa ini disebabkan fakta bahawa medan graviti adalah lemah apabila semakin jauh dari puncanya, dimana dalam kes ini punca graviti adalah bumi.(selalunya menggunakan jam atOm)

         Ok....dari tadi saya asyik menyebut graviti kan? mari kita kenal pula secara ringkas graviti yang mula ditemui oleh ISAAC NEWTON ini..=_= ..Terdapat dua jenis teori utama tentang graviti iaitu teOri gelOmbang dan teori gravitOn. Dalam entry ini mari kita fOkuskan dulu dalam teori gelOmbang ya..TeOri ini mudah sahaja...tidak usah pening - pening sebut nama pelik..namakan saja GRAVITI A dan GRAVITI B. Graviti A bekerja di dalam skala kecil atau skala mikro. Manakala graviti B pula dalam skala besar. Kita sudah biasa dengan graviti B, yang mana ia adalah graviti yang membuatkan kita melekat ke bumi, membuatkan planet-planet mengOrbit matahari dan satelit manusia mengOrbit bumi. Kita tidak begitu biasa dengan graviti A. Ia adalah satu gelOmbang graviti kecil yang mana menjadi penyumbang besar dalam daya yang melekatkan 'jisim' yang membentuk semua proton dan neutron.

CONTOH MODEL ATOM
           Graviti A adalah apa yang dilabel sebagai 'daya nuklear kuat' di dalam dunia Fizik semasa dan graviti A adalah gelOmbang yang kita perlukan untuk 'mencapai dan menguat' bagi membolehkan ruangmasa membengkOk/melengkung sebagai keperluan perjalanan superjauh antarabintang. Walau bagaimanapun, jangan membuat kesilapan pada anggapan saiz gelOmbang dengan kekuatannya, kerana graviti A adalah lebih kuat dayanya daripada graviti B. Kita dapat memecahkan graviti B dengan mudah dengam melOmpat-lOmpat terkinja-kinja seperti beruk dapat bunga. Huhuhu...jadi ini bukanlah satu medan graviti yang kuat.










       Mencari graviti A tidak menjadi masalah kerana ia dapat ditemui di dalam nukleus setiap atOm dari setiap benda dalam dunia ini, baju yang kita pakai, seluar, handphOne baru kita, komputer ini, nasi gOreng di dalam perut kita, apa saja, malah kucing kita sekalipun mempunyai sumber graviti A ini untuk memungkinkan perjalanan antarabintang berlaku. Akan tetapi...tetapi lagi...ya tetapi, mencapai graviti A di dalam elemen semulajadi di bumi adalah satu MASALAH yang BESAR. Serta, secara faktanya, kita tidak sedar terhadap cara untuk mencapai gelOmbang graviti A menggunakan apa saja elemen-elemen di bumi, sama ada secara semulajadi atau secara sintesis. Ini bermakna graviti A dimana kita cuba untuk mencapainya adalah sebenarnya tidak bOleh dicapai kerana ia terletak di dalam benda yang wujud di dunia kita hari ini.Huhuhu...jadi adakah impian kita untuk melancong ke galaksi Andromeda (sebagai contoh) terkubur?

SUBHANALLAH! INDAHNYA MELIHAT KEHIDUPAN DUNIA DARI ATAS!
          Hurm..terdapat beberapa cara yang dijumpai oleh saintis tetapi tidak dapat dibuktikan lagi dengan hasil kajian.Cuma sekadar ini penerangan ringkas (ringkas kew? mcm panjang sangat je..huhu), dari entri ini, jika kawan -kawan dapat memahami bahawa kelajuan cahaya boleh diatasi dengan memanipulasi graviti dan ada lagi graviti - graviti kecil yang kita belum mampu jelajahi. Ini menunjukkan yang kamu telah sedikit sebanyak memahaminya. Jadi MUNGKIN akan dijumpai jawapan terhadap isu ini. Jadi, jika ada umur yang panjang dan kesempatan masa saya akan menerangkan lagi tentang isu ini (sebab tu saya tulis part 1) huhu..panjang Oh..

         Sangat indah dunia ciptaan ALLAH TAALA ini, zaman kita yang dikatakan zaman teknOlOgi canggih pun belum mampu untuk merungkaikan KEBIJAKSANAAN ALLAH TAALA didalam mencipta dan mengatur sesuatu. Ingatlah semakin banyak kita mengetahui sesuatu, semakin banyak kita tidak memahaminya..Sekian saja..maaf jika ada salah dan silap didalam penulisan..Salam dari saya.
p/s kredit untuk MO









Great minds discus idea
Middle minds discuss events
AND SMALL MINDS DISCUSS PEOPLE.

5 Kawan suka cOnteng!:

Anonymous said... [Reply to comment]

pergghh...serius..entry kali neh sgt menarik...bole jd ahli saintis neh..=.=

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

lOrr..=_= ahli sains jauh lagi la..xmampu lagik..huhuh..thanks..neway yang pntg kalau kamu paham..saya da hepi :)

Kodet said... [Reply to comment]

pyh nk fikir ni , org A sains bru la leh tulis cmni

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

em..tidak sukar untuk fhmkan..aggp saja..jika kita "melepasi kelajuan cahaya" sama ada dengan menggunakan graviti itu dikra anda sudah fhm..hehe..
cthya..kereta kancil ttbe ade cre nk upgrade (teknologi baru) ksi sme laju ngn ferrari...huhuh

Unknown said... [Reply to comment]

Kena 3 atau 4 kali baru hadam entry nie, tp memang sangat menarik. Jarang ada entry yang berbentuk sains dan ilmiah disampaikan bersahaja. Keep it work bro