Birdies Meh Dengaq Sini, Cek Nak Habaq Mai :-D..Eh.SHOUTBOX Kat Bawah k ♥

pOndOk KeciL adalah tempat SKY menulis apa jua yg terlintas di kepala atau berkongsi info dengan birdies. Ini adalah penulisan SKY sendiri dan "diubah" mengikut pemahaman SKY sendiri. Jika ada info yang SKY ambil tanpa mengubah apa - apa dan mendapat izin dari pemilik, kredit akan diberikan kepadanya. Ruangan komen di pOndOk KeciL adalah "dofollow" jadi rajinkan diri untuk memberi komen cili @ strawberi kepada penulis! =.=". Terima kasih jengah ke pOndOk KeciL. -Send me One Million FREE Guaranteed Visitors -

Wednesday, November 4, 2009

Home » » Info : Kebenaran Tokoh Internet Dunia

Info : Kebenaran Tokoh Internet Dunia

1.Bill Gates
Bill Gates. Kau tak perlu diperkenalkan sekali lagi tentang beliau dan syarikat mahagergasi Microsoft milik beliau. Manusia paling kaya dan paling berpengaruh di dunia. Memiliki sebuah rumah agam “earth-sheltered” yang termewah dan termaju di dunia. Bijak? Mungkin. Tapi barangkali lebih berminat dalam memaksimumkan keuntungan daripada memperbaiki teknologi. Seringkali mendakwa bahawa produknya diciplak oleh orang lain. Hakikatnya, beliau tak pernah mempunyai produk ciptaan sendiri. Idea Windows sebenarnya ditiru daripada Mac OS, sebagai contoh. Produk-produk ciplaknya sungguh memalukan, tapi menjadi popular kerana bijak berjanji dan berpromosi. Gaji: US$966 667 setahun (US$616 667 + bonus US$350 000).

2.Steve Jobs
Kalau kau masih belum kenal dengan Steve Jobs, beliaulah CEO Apple Computer. Pengarah dan perancang di sebalik produk teknologi inovatif Mac, iPod dan iPhone. Merupakan musuh ketat Bill Gates—kerana sebuah pergaduhan suatu ketika dahulu, mereka tidak pernah berjumpa selama dua dekad (sehinggalah pada sebuah seminar pada Mei 2007). Juga pernah menjadi CEO Pixar, yang menerbitkan beraneka filem animasi 3D yang mencapai box-office seperti Toy Story, A Bug’s Life, Monsters Inc., Finding Nemo, The Incredibles, dan Cars. Cita-cita beliau ialah merevolusikan budaya teknologi dalam kehidupan seharian kita. Percaya atau tidak, gaji beliau sebagai CEO hanyalah US$1 setahun.

3.Linus Torvalds
Aku yakin kau langsung tak kenal dengan Linus Torvalds. Beliaulah pencipta Linux. Aku juga yakin kau pun mesti tak kenal Linux. Hakikatnya, Linux adalah sistem pengoperasian paling berkuasa di dunia. Tak, bukan Windows. Tiada superkomputer yang mahu gunakan si hingusan Windows. Torvalds menulis kod Linux semata-mata kerana hobi dan tak pernah mengambil upah daripadanya. Pada hari ini, Linux diedarkan secara bebas dan diperbaiki secara terus-menerus oleh beribu penyumbang dari seluruh dunia. Torvalds adalah seorang yang amat senyap dan tidak menonjolkan diri. Menjalani kehidupan yang amat sederhana, mendiami sebuah rumah sempit bersama keluarga di Oregon. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa diiktiraf oleh kalangan penggodam sebagai BDFL (Diktator Baik Hati Sepanjang Hayat). Gaji: Tak tetap.

4.Tim Berners-Lee
Kalau kau sedang membaca tulisan ini, kau patut berterima kasih kepada Tim Berners-Lee, seorang saintis terkemuka yang berjaya merevolusikan perkongsian maklumat digital pada hari ini. Beliau adalah pencipta WWW—dunia web, teknologi yang paling pesat berkembang dalam sejarah manusia, teknologi yang berjaya menyatukan kaedah perhubungan berdasarkan Internet. Tahu tak bahawa “http” yang kau taip tiap-tiap hari di pelayar web tu sebenarnya dicipta oleh Berners-Lee? Anugerah beliau adalah terlalu banyak untuk diceritakan di sini. Namun begitu, beliau tak pernah pun menjual ciptaan-ciptaannya kerana mahu mendapatkan harta, semuanya boleh digunakan secara bebas oleh sesiapa sahaja. Bagi beliau, setiap maklumat bebas dikongsi bersama di seluruh dunia.

5. Guido van Rossum
Guido van Rossum mungkin tak setanding dengan tokoh-tokoh yang aku ceritakan di atas, namun begitu aku senaraikan juga di sini kerana aku amat meminati beliau. Van Rossum ialah seorang berbangsa Belanda yang asalnya berkerja sebagai seorang penyelidik. Pada suatu ketika dahulu, pada tahun 1989, beliau mempunyai kehidupan yang amat menjemukan. Kerana terlalu bosan, beliau menghabiskan masa lapang dengan mencipta sebuah bahasa pengaturcaraan komputer menggunakan komputer peribadinya di rumah—sesuatu yang kau langsung tak kuasa nak buat. Projek persendirian ini menjadi hobi beliau. Bahasa pengaturcaraan yang beliau tulis dengan tidak semena-mena dinamakan Python, berdasarkan kepada rancangan komedi TV yang beliau minati. Projek ini kemudiannya diedarkan secara umum dan diperbaiki oleh penyumbang dari seluruh dunia. Pada hari ini, Python adalah bahasa pengaturcaraan yang amat matang. Ia digunakan oleh syarikat-syarikat besar seperti Google dan NASA. Dan, ya, van Rossum tak pernah mengambil keuntungan pun daripada Python. Beliau masih menjalankan kehidupan yang lebih kurang sama, cuma tidak membosankan seperti dulu.
Now, bandingkan tokoh-tokoh di atas. Siapa masih nak mengagung-agungkan Bill Gates?

2 Kawan suka cOnteng!:

Unknown said... [Reply to comment]

nice info... aku suka yg buat berners lee la sbb buat internet ... kom tnpa internet macam kosong....

Mr.TN_SkY said... [Reply to comment]

@Kodet

hehe..yekew? betul jguak tuu..rse cam xde pape hehe