Birdies Meh Dengaq Sini, Cek Nak Habaq Mai :-D..Eh.SHOUTBOX Kat Bawah k ♥

pOndOk KeciL adalah tempat SKY menulis apa jua yg terlintas di kepala atau berkongsi info dengan birdies. Ini adalah penulisan SKY sendiri dan "diubah" mengikut pemahaman SKY sendiri. Jika ada info yang SKY ambil tanpa mengubah apa - apa dan mendapat izin dari pemilik, kredit akan diberikan kepadanya. Ruangan komen di pOndOk KeciL adalah "dofollow" jadi rajinkan diri untuk memberi komen cili @ strawberi kepada penulis! =.=". Terima kasih jengah ke pOndOk KeciL. -Send me One Million FREE Guaranteed Visitors -
Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Rahsia Sebenar Sejarah Melayu Dirungkaikan ( Pengenalan)

Salam.
        Hai semua, Hari ni hari kedua kita berada di tahun 2011 kan? Semalam panjang berjela ha SkY tulis azam SkY tahun ini, terima kasih kepada yang komen, hehe..harapnya menjadi kenyataan lah ye, insyaALLAH. So, topik kali ni memang agak berat, tapi tak de lah seberat batu 80 kilo dihempap ke kepala kita~ :-D. SkY akan menulis dengan cara yang santai sesuai dengan umur SkY sendiri jadi memudahkan korang untuk memahaminya =_=. Sesiapa yang tidak berminat, tak apa, banyak lagi entri lain yang korang boleh baca. Pondok kecil ini membincangkan pelbagai info, tidak kira dari segi sejarah, sains atau islam sendiri, malah mengenai diri SkY sendiri.:-D. Asalkan ianya berguna dan niat yang asal adalah sekadar ingin berkongsi dengan korang semua. Terima kasih pada sesiapa yang sudi membaca ye =_=

         Ok lah..Sebelum Sky melalut panjang, SkY tegaskan di sini, ini bukan hasil kajian SkY sendiri, tapi hasil dari pemahaman dan pandangan SkY terhadap segala buku, artikel, blog, manuskrip yang telah dibaca! Malah dengan tenaga SkY seorang, memang tak mampu untuk mencari atau jumpa beratus ribu bahan kajian tentang bangsa sendiri. Selain dari pondok kecil ni, ada beberapa blog lain yang membincangkan secara serius (lain sikit dari cara SkY, menulis secara santai! hehe) tentang hal ini. Satu usaha yang bagus. SkY beri kredit untuk mereka atas usaha ini dan ada beberapa hasil kajian diorang dibincangkan disini (sudah minta izin ye hehe). Bergerak secara group memang menakjubkan! Jadi kalau korang nak pembacaan yang lebih berat dan melihat bukti atau kajian yang menarik boleh klik SINI dan SINI.

SULALATUS SALATIN - TUN SERI LANANG
         Panjang betul penerangan! ahaha..inilah akibatnya kalau kutu rajin dah hinggap badan. Ok, Jom terus ke topik~ Kenapa ada pengenalan ye? Sebab akan ada bahagian seterusnya tentang topik ini. Biasalah topik berat, SkY terpaksa bahagikan kepada beberapa topik besar. So, di entri kali ni, SkY akan mengulas secara umum kenapa ini dinamakan rahsia, dan adakah ini benar? auta? ha..Ini yang SkY cuba jelaskan. Mari kita terjah..=_=