Pages

Tuesday, February 8, 2011

Sedarlah..Adakah Kita Benar Sayangkan Ibubapa kita??

Salam...
        Setelah mencuri sedikit masa dari masa "kesibukan" yang telah mula datang ni..akhirnya siap jugak entri ni..4 hari menaip..aduh! Faham - faham sajalah bila dah di pertengahan sem ni, asssingment "tersayang" mulalah mengejar ajak dating kan :-D.  Apa pun..Sebelum SkY membebel lebih panjang..SkY nak jelaskan tentang tajuk entri ini. Mungkin ada yang tidak berapa suka, tapi ini adalah kenyataan...malah SkY sendiri tersentak dan tertanya sendiri SEJAUH MANAKAH KASIH SAYANG KITA TERHADAP MEREKA YANG MELAHIRKAN DAN MENJAGA KITA??? Idea yang terhasil dari perbincangan agama di dalam kelas ini (terima kasih kepada ustaz yang mengajar dan mengeluarkan beberapa persoalan dari kepala SkY). Rasanya tidak perlu SkY keluarkan segala macam dalil hadis dan AL-Quran kerana sememangnya, semua tahu (tapi ada juga yang tidak ambil peduli!) dengan perkara ini.

       
       SkY tersentak dengan kata - kata ini.."Jalan ke syurga yang paling mudah di dunia tapi paling susah nak dapat adalah keredhaan ibu bapa!" Mudah kerana? Ya! sudah tentu mudah kerana siapa yang tidak sayangkan ibu bapa bukan? (dan ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak kan (yang hilang akal membuang anak dan membunuh anak sendiri tuh tidak tergolong dalam MANUSIA rasanya) susah kerana? hanya SEDIKIT kesilapan yang kadang - kadang kita tak sedar, boleh mendatangkan KEMURKAAN ALLAH kerana membuatkan hati ibu bapa tersentuh! Fikirkanlah, jika tersentuh pun sudah mampu mengundang kunci neraka.....apatah lagi jika mereka menangis?? marah dengan perbuatan kita?? Sikap tanpa sedar inilah yang agak bahaya..kerana fitrah manusia  memang menyayangi ibu bapa, tetapi kerana HATI, itu boleh berubah..

       Ingin dijelaskan disini, mungkin ada perbuatan kita yang mereka tidak ketahui, kerana tidak nampak dek mata tua mereka...tapi ALLAH MAHA mengetahui. Contohnya bayangkan kita baru sahaja planning nak buat special event dengan rakan, atau dengan orang tersayang hujung minggu ni, tiba - tiba telefon berdering. "Salam man...Mak ni..hujung minggu ni, mak datang rumah man ye..lama tak jenguk anak mak ni" Apakah yang berdetik di hati kita? sejujurnya....mungkin kita akan mengeluh..alah..time nak cuti ni la, mak datang atau mungkin jawapan lebih berhemah dikeluarkan.." Maaf Mak..Man ada kerja hujung minggu ni, nanti man balik jenguk mak ye" Bagus! kerana mungkin dapat meredakan hati tua mereka..tapi berbohong pulak?

        Tatkala enak sedang berehat..kita mendengar suara memangil, dalam hati kecil, "ni mesti nak suruh buat kerja la ni" ya! memang kita tidak bersuara..tapi hati kita menyuarakannnya! Apa yang SkY nak sampaikan adalah hati kita juga perlu dijaga..kerana kelak lama kelamaan, ianya akan merebak melalui perbuatan dan perkataan! Kita lahir didunia, segala najis dan makan minum kita djaga rapi, nyamuk gigit?? nyamuk yang dimarahnya!..tapi pabila besar...mendengar suara bapa atau "potpet" emak, kita sudah merungut??? berapa ramai lelaki yang sanggup memeluk dan mencium pipi ibunya di khalayak ramai? takut hilang macho katanya..Jika ada, ANDA MEMANG TERBAIK!  berapa ramai pula perempuan yang lebih suka membawa ibunya keluar bershopping dari keluar dengan rakan - rakan? Jika ada, ANDA MEMANG TERBAIK!

      Kita perlu ingat yang setiap dosa dan perlakuan kita ini, kelak ibu bapa juga yang akan menerima bahagiannya di akhirat. Ya memang apabila baligh...setiap orang dipertanggungjawabkan dengan amalan masing - masing, tapi bahagian ibu bapa tetap ada! Kita seronok mengumpul dosa, tapi ibu bapa menangis diazab kerana kita! ISTILAH KUBUR MASING-MASING semakin popular..sebab itu kita tidak sedar akan hal ini!..Kerana itu didalam alquran..telah diajar adab doa iaitu, dengan mendoakan sekali "AHLI KELUARGA KITA" di dalam setiap doa. Ahli keluarga? yang ada istilah IBU, AYAH dan adik beradik lah dengan kita. Hubungan ini, tidak akan putus sehingga akhirat, walaupun diputuskan dengan kita, tapi dipandangan ALLAH hubungan ini tetap wujud! dan nasab keturunan inilah yang perlu dijaga kita! Jaga macam mana? banyak cara boleh dilakukan, mencegah dan menasihati adik beradik dari melakukan dosa juga adalah salah satu cara memelihara keturunan! kerana apa? kerana IBU BAPA SENDIRI juga yang mendapat labanya. Mencela adik sendiri? umpama meludah ke muka sendiri lah..(seperti satu kes yang berlaku sekarang..siapa tidak tahu kes popular ini?saman 100 juta? wow!)


      Jadi jika ibu bapa, terseksa disana kerana kita, adakah kita layak lagi dipanggil anak yang soleh dan solehah? Sekadar memberi duit, mengucapkan sayang dan mengerjakan suruhan mereka mereka tanpa ikhlas tidak layak lagi digelar anak soleh. Memang tabiat semulajadi manusia untuk menyayangi zuriat mereka. Sebab itu IBU BAPA tidak akan mudah luntur kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Mereka akan mengorbankan apa saja yang termampu demi anak-anak. Akan tetapi di sebelah pihak anak-anak pula, mereka cepat lupa akan kasih sayang dan pengorbanan kedua IBU BAPA. Mungkin inilah di antara hikmatnya Allah Taala memperuntukkan di dalam Al-Qur’an secara tegas akan kewajipan berbuat baik kepada IBU BAPA supaya anak tidak mudah mengabaikan kewajipannya kepada kedua IBU BAPA. Sebaliknya di pihak IBU BAPA pula tidak lagi perlu diperingatkan untuk sentiasa menyayangi anak-anak mereka, kerana sifat semulajadi sudah cukup untuk mendorong mereka berbuat demikian.Sebagai renungan kita perhatikan sebuah hadits Rasulullah SAW, Baginda bersabda yang maksudnya: 

“Berbuat baiklah kepada BAPA-BAPA kamu nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu” (Hadits riwayat Ath-Thabarani dengan sanad yang baik)
.

    Susah bukan mencapai salah satu jalan syurga ini? Ya..sesuatu yang susah, jika kita berjaya...kemanisannya tidak dapat dibandingkan. Penulisan ini adalah teguran untuk diri sendiri dan juga para pembaca semua yang kadang kala terlupa  hal yang dianggap kecil ini..Ingatlah KEREDHAAN ALLAH terletak pada KEREDHAAN IBU BAPA..walaupun di mulut mereka memaafkan, di hati ibu bapa? itulah yang kita kena padamkan dari hati mereka..biar semuanya baik sahaja...Rajin - rajinlah tangan menaip sms, menaip nombor telefon mereka (biar cemburukekasih kita!)..sehari 5 kali pun tidak mengapa..anak mak? ah!..biarkan..dah memang betul kita memang anak seorang ibu bukan? =_=..Oklah, sampai disini saja, jika dipanjangkan umur SkY akan menulis lagi. Maaf jika ada kesilapan bahasa..salam sayang dari tuan pondok...


Alif diatas kata "A"-yah, yakni BAPA
Alif dibawah kata "I"-BU
Alih keatas terlihat LANGIT
Alih kebawah terlihat BUMI

BAPA kandung ROH kita
IBU kandung NYAWA kita
LANGIT kandung ROH & NYAWA sejak azali
BUMI pula akan kandung JASAD setelah mati

bila telah bersatu BAPA & IBU
BAPA memberi IBU menerima rahsia ilahi
sebagaimana LANGIT memberi BUMI menerima air hujan
tumbuhlah JASAD bersatulah ROH & NYAWA dalam kandungan IBU

tanpa BAPA tanpa IBU tiadalah kita (anak)
tanpa LANGIT tanpa BUMI tiadalah juga kita (makluk)
BAPA itu umpama LANGIT, IBU pula umpama BUMI
BAPA & IBU cuma satu, begitulah LANGIT & BUMI asalnya satu !!!

jadi SIAPA BAPAMU SIAPA IBUMU?

Great minds discus idea 
Middle minds discuss events 
AND SMALL MINDS DISCUSS PEOPLE.


Kenali Mr. TN SkY :
Mr.TN_SkY juga adalah penulis untuk blog 100 Penulis. Birdies boleh mengikuti SkY di Twitter atau di Facebook. Jika birdies mempunyai soalan, boleh like fanpage pondok kecil, Pondok Kecil Crew.

47 comments:

  1. panjang dan menarik .
    igtka tali persaudaraan dah putus bila kita dah mati , rupanya masih tak putus . tapi btul ke org yg dah mati boleh tengok apa yang kita buat lepas dia mati?

    ReplyDelete
  2. baik buruk ibu bapa tak boleh menidakkan tanggungjawab kita sebagai seorang anak..
    hargai mereka semasa mereka masih ada.. bila dah tak ada, nak menyesal pun dah tak guna..

    ReplyDelete
  3. thanx sky for this good entry...rasa nak nangis plak baca...
    saye paling tak suke bile kite tegur org, org tu balas "alaa kubur masing2 kan"...haha cam harem! -.-
    org mcm tu selfish gile...haha
    ok pasni jgn lupe tepon mak ayah slalu insyaAllah :D

    ReplyDelete
  4. nice entry bro^^...panjang dan menarik....memberi iktibar kepada sesiapa yang membacanya...>.<,,,

    ReplyDelete
  5. sedih pulak baca,,dgr suara mak kat hp pn buat nangis,,sms je slalu tp tetp kekurngan,,nilah lumrh hidup bila dh kahwin =(

    Semua orang mesti tau tentang Aku

    ReplyDelete
  6. kalau boleh hari2 nak tgk muka parents.. dapat pahala~ >,<

    ReplyDelete
  7. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Abah oh Abah...
    Kerana abah aku disini
    Kerana abah aku gembira
    Kerana abah kuterasa bahagia…
    Terima kasih atas segalanya
    Abah oh Abah…
    Tak pernah kau keluhkan
    Semenjak kecil aku dibesarkan
    aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu
    Teguran mu.. Marah mu..
    Tanda sayangnya abah pada anak mu
    Anak mu saja tak peduli dan buat tak tahu
    Abah oh Abah...
    Abah…engkau semangatku
    kau padamkan air mataku...ketika aku bersedih…
    Engkau penawarku ketika aku sakit…
    ketika aku ketawa .. engkau turut ketawa
    Abah oh Abah...
    Namun ketika engkau berduka ?
    Aku harap Akulah penawar duka laramu
    Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
    Abah

    ReplyDelete
  8. entry yg boleh wat kita muhasabah diri.. nice.. saya mmg digelar anak mak.. hehe.. semoga kita dpt jd anak yg berguna n dpt wat mereka gembira.. Amin..
    btw saya da berjaya wat reply to comment tu.. thanx mr sky..

    ReplyDelete
  9. nice entry sky.
    sayangilah ibu bapa selagi mereka masih ada di dunia nie.

    jgn menderhakai mereka.
    terasa sedih plak baca entry nie.

    ReplyDelete
  10. @Kodet

    terima kasih..hurm berkenaan isu yang kodet tnayakan...soal roh adalah hak ALLAH..SkY sendiri tidak mampu mmberi jawapan yg sebenarnya..cuma stkt ilmu yg sikit ni, bagi sky, roh orang yang sudah meninggal sama sekali tidak boleh diseru atau dipuja oleh kita yang msih hidup, jika yang kes2 abnormal itu, ianya ada kaitan dengan jin dan syaitan..roh cuma boleh dtg dlm bentuk mimpi dan ada setengah pendapat mnyatakan ia cuma boleh menunjukkan mimik muka dan tidak bersuara..jadi mengenai soalan kodet adakah org yg mati boleh tengok apa yg kita buat slps mati tuu...ada pndpt mngtakan ianya adalah qarin seseorang yang akan mengawasi rumah selepas 40 hari dan selepas itu akan kembali ke kubur kembar manusianya..ada juga yang mngatakan ada roh yang berjiwa suci diberi anugerah oleh ALLAH untuk berkomunikasi dgn manusia yg terpilih..wallahualam..lebih baik bertanya dgn oirang yg lebih pakar...dan sky sndiri akan bertnyakan isu ini dgn guru sky..thanks ats solan yg bernas..harap2 ini dpt membantu serba sdikit ya?

    ReplyDelete
  11. @Wahida Nasution Thakhrim

    betul tuh..baik burukk ibu bapa itu adalah antara dia dan ALLAH..antara kita dan mereka tidak ada sebarang halangan! hatta ibu bapa kita bekas banduan, pembunuh sekalipun dan walaupun berlaianan agama!..ibu bapa tetap dimuliakan dari ktia..rendahkan sayap kita apabila berada dgn ibu bpa...SKY setuju dgn pndpt wahida..

    ReplyDelete
  12. @sarah abadan

    ur welcome..=_=...em..ALHAMDULILLAH..harap2 dapt saling mengingati ye Sarah..kdg2 sky pun selalu terlupa...
    aa..jwpn untuk org yg berkata demikian adlh.."ya kubur msing2..tpi hak aku sebagai sorang islam adalh menegur ko..dan aku menegur untuk trlpas dari pertanggujawaban di akhirat nanti"
    Oke..tahnks for da reminder :-D

    ReplyDelete
  13. @Osmera

    thanks bro..tak sangka sudi jugak drop komen =_=

    ReplyDelete
  14. @wanacesh

    huhu..naluri manusia kan? jika berbicara mengenai orang yg trsyg sudah tentunya akn tersentuh..good things u have that =_=..yekew? hurm..mmg tggjawab wanita yang sudah bersuami lebih keapda suaminya...dan tggungjwab suami adalah kepada kedua ibu bapa tidak kira disebelah drinya atau isterinya..(tggjwab kepada keluarga sudah termaktub hee :-D)

    ReplyDelete
  15. @lavender harum wangi

    yup...betul tuh..memandang muka ibu bapa sahaja sudah mendapat pahala jika dgn penuh ksih syg..pemurahnya ALLAH YANG MAHA PENGASIH..

    ReplyDelete
  16. @Miecyber

    ya..setuju dgn statement bro..sumenyer dari pangkal hati...

    ReplyDelete
  17. @Afzainizam

    nice komen =_=..sky suka dgn puisi bro...thanks ya..slm prshabatan juga dri sky...

    ReplyDelete
  18. @sArAh

    terima kasih sarah (byk ye nama srah =_=) yekew? hehe..abikan je sume tuu..yg pntg parents kita bahagia dgn kita..THATS ENOUGH rite? hee..yekew? bgus2 :-D senang kan?:-p

    ReplyDelete
  19. @mizzapple

    terima kasih mizz apple..ya betul tuh..jika sudah tiada, kurangkanlah amal buruk kita..kerna mereka berduka disana..dan doakan mereka..=_=..( rindu my dad..)

    hurm.really? alhamdulillah...huhu

    ReplyDelete
  20. best...emmmm....betol2 teringat kat emak, walaupun baru balik hari tuh....huuuu

    ReplyDelete
  21. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Doa ku untuk mu ayah dan ibu
    رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
    "Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"
    "Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)"
    O our Lord! And forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be establishe
    Surah Ibrahim 14:41

    ReplyDelete
  22. T_T
    rindu abah....sobsss.....
    maseh sky...=)

    ReplyDelete
  23. mak bapak boleh jaga ramai anak. anak ramai belum tentu boleh jaga mak bapak...

    ReplyDelete
  24. ye, betul. setuju. (:

    kita dah jadi orang kaya baru nanti, jgn lupa dkat mak ayah kita. (:

    ReplyDelete
  25. btw, lucky draw tu boleh join lagi. ^^
    follow belog awak juga! (:

    ReplyDelete
  26. wah, panjang nya ... hehehe! tapi suka baca. bnyak info yang dapat jugaklah! thnks for that coz sharing this ... btw, kalau orang tu dah mati, memang still ada hubungan?

    ReplyDelete
  27. hurmm.. buat yad'z termenung panjang... ><...

    ReplyDelete
  28. Masa tetap berlalu...andainya masa boleh diputar tentu ramai yang akan lebih berbuat baik kpd orgtua mereka..
    sesungguhnya kasih ibubapa melebihi segala2nya.Ingatlah wahai anak2 yg budiman...
    Ingatan yg baik kpd semua termasuk yas yg masih mempunyai ibu....

    ReplyDelete
  29. @kechik yg comey

    rindu my dad too..hope beliau bahagia disana..same2 kecik =_=

    ReplyDelete
  30. @papabear

    betul tuh..anak yang ramai mugkin sorang yang ingat? moga kita tidak tergolong dlm anak seperti itu..amin..

    ReplyDelete
  31. @yatie's EPISODE

    hehe..kaya hanya didunia kan..baik dgn ibu bapa adalah untuk kekayaan diakhirat..:-D aa thanks coz follow taw =_=

    ReplyDelete
  32. @Keyrill Eduardo Willeyhem

    hehe..sori yg sbb panjang..oh..good to hear =_=..aa..hubungan tidak akan trputs begitu shja..sebab itu doa anak yg soleh adalah antara 3 amalan yang tidak akan putus untuk ibubapa disana...

    ReplyDelete
  33. @yad'z

    termenung untuk berfikir tidak mengapa..=_=

    ReplyDelete
  34. @Yastro

    setuju dgn komen bro..dan sbb itu masa itu emas...dan satu peasanan yang baik untuk semua bro..thanks..

    ReplyDelete
  35. Entri yang menarik..

    Sesuai untuk dibaca oleh semua orang.. Kita perlu mengenang jasa ibu bapa selagi hayat ada di kandung badan..

    Tanpa mereka siapalah kita..

    Kepada rakan-rakan yang masih ada emak ayah, hargailah mereka dan sentiasalah menghubungi mereka walaupun sibuk dengan urusan kerja..

    Bagai rakan-rakan yang telah ketiadaan emak dan ayah, sentiasalah mendoakan kesejahteraan mereka..

    ReplyDelete
  36. anak2 kena la syg ibu bapa.
    tanpa diorg sape la kita nie jgk.
    jgn lupe diaorg walaupun kita dah berjaya.
    renung2kn ye...

    ReplyDelete
  37. @nuargto

    terima kasih..aa..jika bro rasa bermanfaat dan nak sebarkan..silakan..SkY ksi kebenaran =_=..betul tuh..setuju..

    ibrat buah yang xde pokok?
    em..teringat my late father..moga beliau bahagia disana..amiin..huhu

    ReplyDelete
  38. @Journey of Youth

    nice komen...SkY setuju dgn bro...berjaya? dato? jutawan? didepan parents..rendahkan diri serendah rendahnya...

    ReplyDelete
  39. sangt sedih bce ni..huhuhu..mak!! ayah! T.T

    ReplyDelete
  40. @Eyka

    =_=..bgus2..sme2 kite meinggati orang yang selalu ingatkan kita jugak..:-)

    ReplyDelete

Daun getah..daUn mangga..
GugUr jatUh diatas cermin..
PenaT scrOll, Penat mmbaca..
abes baca sudilah kOmen..

Terima kasih daun keladi,ada masa datanglah lagi =_=..